Sukan…mmm citer pasal isu ni di zaman sekarang memang jadi bualan utama baik sukan olahraga mahupun sukan yang top di negara ni macam bolasepak, badminton, golf ataupun squash (kalau nak catit semua jenis sukan tak cukup pun satu page ni).
Kalau sebut tang sukan ni pada diriku tak tahu nak kata apa pasal aku minat…minat tengok je lah tapi untuk membabitkan diri payoh benar rasanya sejak dewasa membawa ke ‘senior’ ni. Cuma masa sekolah rendah dulu lah involve dalam lompat tinggi tapi tak sampai kemana pun hanya sampai pemilihan ke akhir je tak menang dalam top 3 pun hanya saguhati je yang masa tu cuma dapat bekas Tupperware je. Tapi waktu tu bekas Tupperware dah kira berharga & sayang nak guna bila mula2 dapat tapi bila dah lama buat bekas basuh tangan jeee.
Bagi diriku kalau diajak main bola sepak terpaksa lah dengan rasa tak keruan & berat hati menerimanya. Kalau korang nak kata aku ni kaki bangku & tak tahu main taklah sangat. Aku tahu tendang yang ada macam2 cara tendang. Tendang sisi & tendang betul Cuma tak digalakkan tonjol walau kita tahu tendang tonjol tu asas bagi orang mula2 belajar main bola kan ?? Masaalah aku adalah aku ni tak kuat lari, kaki je panjang tapi berat badan kut? Setakat tunggu bola je bolih la.
Dan berbagai lagi alasan yang munasabah atau tidak je untuk aku babitkan diri dalam bermacam sukan kecuali……ha! Yang ini kalau dikatakan sukan aku rasa mampu lakukan. Sukan tarian tapi bukan ballroom dance, yang ada kaitan dengan senaman la macam aerobic.
Kalau sukan ini aku tak de masaalah pasal ia ada kaitan dengan minat aku & kerja ku jua.
Teringat aku di suatu ketika dahulu yang masanya tidak ku exactly tau pasal dah lupa dimana aku & beberapa rakan mewakili Selangor dalam pertandingan Hip Hop Robik & kami menjadi juara peringkat kebangsaan & hadiah yang kita dapat berupa wang tunai tetapi terpaksa di bagi pada pengurus pasukan yang katanya menampung balik kos yang telah dikeluarkan untuk pasukan Selangor dalam pembelian uniform/jersey pertandingan sepasang baju & kasut serta penginapan. Maka dapat lah aku & rakan2 sorang RM100 kut kalau tak salah la.
Pokoknya kalau aku diletakkan dalam kelompok sukan, kelompok sukan manakah yang aku patut diletakkan?
Baiklah panjang lebar pula catitan aku ni, sampaikan tulisan dah nampak kecik & pedih mata (maklumlah buat artikel ni jam 2am…dah start nak merapu & korang dh nampak ayat pun dah mula skema hehehe)
Maju lah sukan untuk Negara,
No comments:
Post a Comment