Sunday, 15 April 2012

MENZIARAH




Pagi tadi sesampai je dirumah selepas menghantar anak sulung ku kesekolah, aku menerima berita yang isteri Pengerusi Jawankuasa Kemas Taman Dato’ Hormat meninggal dunia. Innalillah….!
Untuk pengetahuan, aku adalah salah seorang AJK tadika tersebut bermula dari anak sulung aku & kini anak ke-2 aku bermakna dah 2 musim aku jadi AJK tadika ni.
Aku & isteri kerumah beliau yang terletak berhampiran dengan sekolah tersebut.
Sayu memanglah terasa lebih2 lagi melihat anak2nya yang kemerahan matanya selepas puas menangis meratapi kematian satu2nya yang tersayang ibu mereka. Rasanya aku dapat mengalami perasaan mereka itu bilamana ibu ku yang kusayang sangat meninggalkan aku buat selamanya dahulu.
Ku jumpa Pengerusi En. Sharizan & kuucapkan takziah sambil memeluk beliau, terasa sebak lak bila melihat matanya merah tapi dengan tenang beliau mengucapkan terima kasih pada ku atas kesudian ku menziarahinya.
Aku tak dapat nak cerita apa2 diwaktu ini kerana menghormati & menunjukkan rasa simpati aku cuma ingin aku kongsikan dari pengalaman mataku disaat seorang suami bersedia meninggalkan isteri tercintanya, peluk cium terakhir yang diberikan takkan dapat dirasa puas seperti hari2 sebelumnya, genggaman tangan yang pernah dipegang saling berbalasan disaat bercinta hingga membawa ke perkhawinan seterusnya beranak pinak kini layu longlai tanpa sebarang balasan, manakal wajah yang digilai ditatapi atau direnungi setiap masa kini akan hilang selamanya.
Rasanya beginikah perasaan ayah ku dulu?  
Ku lihat betapa tenangnya beliau menguruskan persiapan pemergian isterinya. Walaupun sebak tapi masih mampu meguruskan semuanya. Dari mandi hingga dikafankan.
Bagi anak2nya pula seperti bapanya juga tenang dalam kesebakkan, masih mampu menguruskan persiapan dengan mengambil & mengatur kerusi2 untuk jadi tempat duduk bagi mereka2 yang uzur.
Tak banyak sangat aku mengenali isteri Pengerusi En. Sharizan ini kecuali beliau adalah penonton setia bagi rancangan kanak2 yang pernah aku babitkan diri.
Pernah sekali bila ke gerai jualan nasi lemaknya (nasi lemak buatan beliau memang best!...sama macam arwah mak ku buat) dia yang sibuk tanya keadaan peserta si itu atau sipolan itu kenapa terkeluar?
Aku tak pasti meninggalnya dia kerana sakit kanser apa (antara kepala atau rahim) tapi kata jiran sekeliling, beliau seorang yang amat baik & patuh pada mak mertuanya.
Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama orang2 yang solih hendaknya …Aminn!! – Alfatihah -


No comments:

Post a Comment