Dah ramai orang mempersoalkan benda ni malah bila kita tengok apa syarat2 atau kelayakkan nak diberi gelaran ini? Sila tengok blog Ibrahim baba pasal isu ini. Banyak juga yang aku rasa sependapat dengannya.
Sepatutnya gelaran ini diberi pada yang benar2 berjasa pada Negara atau negeri tersebut tetapi kebelakangan ni orang itu & orang ini dah dapat gelaran Dato’ dengan senang aje.
Aku rasa bila orang dah banyak duit senang kut dapat beli gelaran ini nak dijadikan status la katakan.
Pihak istana pula sepatutnya membuat semakan atau tapisan dulu untuk beri gelaran ini kerana nak bagi darjah tu senang tapi nak pulangkan balik ada??
Yang bermasaalah dengan Negara atau masyarakat dapat juga dato’ tapi bila nama dah busuk sampai menjual Negara dah patutnya ambil balik la kan ? Ada diaorang sanggup pulangkan ke wahai datuk2 yang sepakat menentang Negara?
Aku tak berapa ingat negeri mana yang ada ura2 nak ambil balik gelaran tapi seorang dua je kenapa tak check yang lainnya? Aku bukannya anti Dato’ Cuma aku rasa gelaran ni dah tak jadi eksklusif pada mereka yang menjawatnya kerana orang luar Negara pun dah ramai dapat gelaran ini lebih2 lagi dari Negara jiran. Apakah bantuan atau sumbangan mereka pada negeri yang menganugerahkan darjah tersebut?
Kepada raja2 atau sultan2, patek yang hina bukan nak mengata atau menderhaka kepada tuanku tetapi harap tuanku sekelian faham untuk memantau & memeriksa betul2 akan penerima2 darjah ini takut2 mereka ini nanti pula akan menderhaka kepada tuanku sekelian.
Patek hanya menunggu pada usia sahaja untuk mendapat darjah. Kalau dipanjangkan usia & anak2 dah berkahwin dapat lah title datuk insyaallah!.


No comments:
Post a Comment