Aku sebenarnya suka bawak
family aku pergi berjalan atau berkelah tetapi kena gak tengok pada budget
kocek aku ni. Kali ini aku bawak family aku jalan dekat2 je kat Bagan Lalang,
Sepang. Tak adalah aku sewa hotel atau resort sampai nak bermalam kat sana hanya setakat bagi
anak2 aku lencun berendam air laut aje.
Bila tengok kaletah family
aku terhibur rasanya, ye lah selalunya asyik menjerit & terpekik terlolong
kat rumah kali ini lagi puas jeritan & pekikan diaorang ni. Yang pentingnya
diaorang seronok.
Bila bini aku kata balik
lewat sikit bolih tengok matahari terbenam, aku tak lepaskan peluang mengambil
gambar matahari terbenam dengan hanya menggunakan kamera handphone Sony
Ericsson Live aku.
Masa balik malam tu hujan
lebat sampai tak nampak jalan tapi alhamdulillah akhirnya selamat gak sampai
rumah.
No comments:
Post a Comment