Thursday, 12 April 2012

MAKAN

Kali ini aku nak cakap pasal tempat makan yang biasa aku pergi & penilaian makanannya.
Aku biasanya ke restoran ini kepunyaan seorang ahli perniagaan yang berjaya tak pasti apa namaya tapi kalau tak salah ahli persatuan peniaga melayu. Lokasinya di…..
Keadaan dalam restoran ini memang menyenangkan bagi diriku & keluarga yang mana restoran ini dibahagi kepada 2 ruang yang terbuka & ber air cond.
Selalunya aku ambil ruangan yang ini ber air cond & tertutup yang mana kebiasaannya tak ramai pelanggan yang menggunakan ruang ni. Senang bagi anak2 aku berlari2an maklumlah anak2 tengah buas nak membesar hehehe.


Ruangan ini pula yang terbuka dimana selesa juga untuk duduk disamping kemudahan LD TV yang besar puas untuk tengok bola atau apa jua sukan pada mereka yang suka lepak kt restoran kalau nak tengok sukan la.
Sebelum ni kemudahan wifi memang senang & percuma tetapi sejak kebelakangan ini dah susah & aku tengok dah tak de pun orang atau kumpulan yang datang bawak lap topnya untuk berinternet seperti sebelumnya.


Tang makanan lak aku bolih kata menepati citarasa aku lah dari masakan berlauk tera tengaharinya, masakan padangnya mahupun ala card nya seperti tom yam, nasi paprika dan lain2.
Harga rasanya standard kut kat mana2 restoran seperti yang tertera ni.


Cuma servis atau khidmat pelanggannya lah yang kurang sikit serta lambat. Yang lain tak de masaalah. Kalau nak buat reunion kumpulan ke atau perjumpaan keluarga tak de masaalah rasanya setakat 30 orang dalam ruangan air cond (anggaran aku lah).
Tapi kalau tengok pelanggannya lak banyak orang ‘seberang Indonesia’ dari tempatan begitu juga pekerjanya.


Bagi diri aku janji makanan ok tak kisah walaupun terpaksa berbungkus & jauh sikit dari rumah kalau dah malas nak masak.

Ini lah restorannya terletak di Kg. Lindungan 


No comments:

Post a Comment