Gambar hiasan sahaja
Kali ini aku nak cakap pasal isu penari & aku rasa ada yang sependapat atau tidak dengan apa yang aku nak cakap ini tetapi seperti tertera dalam kata2 aluanku ini adalah pendapat aku & tak akan ku persetan kalau ada yang tak sependapat dengan ku kerana kita sama saja.
Penari, orang kata yang jadi penari ni terdiri dari jenis yang lemah lembut & seringkali dipandang sinis bila orang lelaki melakukannya lebih2 lagi bila menarikan tarian tradisional. Tetapi sedar atau tidak penari lah yang menyumbangkan peranan dalam memilihara warisan budaya bangsa.
Melalui persembahan tradisional lah anak muda kini dapat mengenal akan pemakaian baju zaman dahulu dari raja,pembesar mahupun permaisuri serta dayang. Walaupun ianya tak seratus peratus tulen (mengikut persalinan asal) tetapi sedikit sebanyak membantu mencantikkan lagi suasana tarian tersebut bila ditarikan.
Gambar hiasan sahaja
Zaman sekarang pula tarian barat seperti B-Boyz, cramp, hip-hop & sebagainya menjadi fofular akibat dari peranan filem yang menunjukkan betapa hebatnya tarian tersebut bila ditarikan olih mat2 saleh atau negro.
Aku bukannya anti tarian moden malah aku suka & bagi aku seorang penari yang bagus harus tahu atau memahami semua jenis tarian baik moden mahupun tradisional & jangan dibuat jurang diantara keduanya dengan membezakan antara tarian dulu atau kampong & tarian sekarang atau bandar. Juga seorang penari tesebut harus tahu sejarah tarian itu daripada asyik menarikan tanpa membuat rujukan. Kira jadi penari berilmu lah.
Dizaman sekarang ni permintaan bagi tarian tradisional & moden amat besar jurangnya dimana tradisional terletak dalam kelas tersendiri & hanya disasarkan pada majlis tertentu sahaja seperti pelancongan & berkaitan warisan tetapi tarian moden pula sasarannya meluas memandangkan permintaannya yang tinggi untuk ditarikan dalam majlis2 makan malam yang santai bukan protokol atau pun pelancaran sesuatu produk atau barang.
Ini mengakibatkan harga2 yang ditawarkan bagi kumpulan2 tarian amat berbeza dimana bagi tradisional memang harganya cukup rendah & tidak munasabah ditawarkan manakala moden pula memang tinggi .
Aku rasa orang nak tengok show sexy2 buka sikit2 perempuannya maka tarian moden tu yang selalu dapat perhatian & tawaran yang tinggi tapi bagi tradisional yang tutup2 sopan santun terpinggir & tawaran pun jadi sikit.
Aku tak nak cerita pasal isu tarian ni kalau nak cerita memang tak habis, tengok lah kalau aku rajin akan aku ceritakanBerbalik dengan hal penari, lambakkan penari dah menjadi banyak kini lebih2 lagi di ibunegara KL. Tetapi dalam banyak2 penari tersebut berapa ramaikah yang betul2 menari kerana seni & layak digelar penari?
Penari yang keluar dari PPT memang digelar penari berilmu tapi berapa ramaikah dari mereka ini yang berjaya menjawat atau melakukan apa yang didiamkan berdasarkan pengajian mereka?
Penari begini terpaksa bersaing dengan penari ‘jalanan’ atau ‘bebas’ yang rasanya menyaksikan pengalaman mengatasi pembelajaran.
Untuk peluang pekerjaan pula berapa banyak kekosongan? Yang mana penari yang sedia ada akan terus menari sehingga diperlukan & penari baru akan terus mengemis minta jawatan.
Bagi penari berilmu atau jalanan ataupun bebas, nasibnya lebih kurang sama saja dimana lebih dirasakan seperti ‘artis’ yang paling rendah kastanya dalam perkataan seniman memandangkan mereka terbiar tanpa pembelaan & kalau ada pun hanya seketika lepas tu kembali asal.
Kenapa aku kata penari ni ‘Artis’? Mereka juga yang menghiburkan orang, menyerikan sesebuah majlis malah penari juga ada gossipnya, hasad dengkinya, glamournya seperti celebriti artis. Cuma semuanya ini berlaku dikalangan dunia penari je tidak sampai ada majalahnya sendiri yang nak cerita gossip2 ni. Impaknya tetap sama macam celebriti artis.
Berpersatuan jauh la sekali bagi golongan ini memandangkan setiap masa mengejar rezeki ialah kena datang latihan di 2,3 tempat shownya pula sama satu hari sampai 2,3 show untuk mengumpul rezeki yang dapatnya tak seberapa tetapi kerana minat sanggup je walaupun letih tapi sure diaorang ni akan kata ‘Puas!’
PENARI DULU PENARI SEKARANG.
Gambar hiasan sahaja.
Kalau tak ada yang dulu takkan wujud yang sekarang, kata2 itu yang selalu aku ingat untuk menyedapkan hati orang2 penari yang dah ‘season’ & hampir dilupakan. Jauh dalam sanubari mereka ini masih tersemat rasa rindu untuk menari tapi mungkin atas faktor usia atau kesihatan yang menyekat atau membatas pergerakkan meraka walau bagaimana pun penari baru jangan lah mendabik dada sangat. Memang bagus tarian yang dibawa olih korang tapi setakat mana jeee??? Kalau suruh menari ballet bolih ke?? Jazz???..apa lagi tradisional??..tunjuk tarian silat pun macam kung fu jadinya. Jadi bertukar2 lah buah fikiran & hormatilah mereka ini sekiranya yang lama ingin memberi pandangan atau cadangan, yang mana elok diterima yang mana kurang sesuai jangan lah pulak dihina. Akan tiba juga nanti masanya korang akan jadi seperti mereka.
Aku bukan mengeluh juga bukan membebel tapi hakikatnya dah banyak terjadi didepan mata ku sendiri & ianya berterusan terjadi tanpa ada pengawalannya.
Mengambil kata2 yang ditujukan pada artis ‘Menghiburkan orang meskipun diri merana’ atau 'Seniman menangis' ..... begitulah PENARI.
No comments:
Post a Comment