Sunday, 29 April 2012

BERJALAN SAMBIL BERKURSUS 2

PNB Ilham Resort, nama tempat yang begitu asing bagi aku tapi amat terkenal di kalangan mereka yang berkursus lebih2 lagi Team Building dimana disinilah segala kemudahan dalam latihan lasak Team Building begitu lengkap rasanya.






Jarak perjalanan dalam 100 km dari Kuala Lumpur mengikut highway Seremban & mengambil masa 1 jam 25 minit kalau tak menyinggah buang air lah.
Berhampiran dengan kem askar & dekat dengan hutan rekreasi Tanjung Tuan.



Receptionist Counter/Front Desk






Lobby Area

Suasana resort ni amat menyenangkan bagi aku & rasanya amat sesuai sekali bagi percutian keluarga terutama sekali bagi keluarga yang besar & yang bestnya juga bila resort ni serba lengkap dengan mempunyai auditorium sendiri & dewan yang sesuai untuk berkursus serta taman latihan lasaknya menjadikan Tanjung Tuan (tempat resort nil ah) yang dulunya hutan belantara menjadi tempat tarikan percutian pula.


Gelanggang Tenis pun ada






Auditorium atau Dewan Tun Sri Lanang




Ini pula fasilitator bertauliah yang moto kerjanya ‘happy’ je. Sekali pandang macam Chef Wan lak gaya cakap dah ada



Ingatkan pintu masuk kedai kopi ke atau Saloon rambut rupanya tandas.



Dewan kursus



Kolam Renang


Padang untuk aktiviti family day atau sukaneka


Pandangan laut dari dewan kursus



Hutan Rekreasi Tanjung Tuan

Kalau nak tengok rumah api kena melalui hutan ini yang suasana perjalanan pergi amatlah meletihkan pasal menaiki bukit & bolih dikira bersih juga lah hutan ni.





Rumah Api Tanjung Tuan di uruskan olih Jabatan Laut Semenanjung Malaysia



Penghujung perjalanan didalam hutan – Kawasan parkir rumah api Tanjung Tuan




Dah penat berjalan kena naik tangga ni kalau nak tengok rumah api dari dekat




Inilah dia rumah api Tanjung Tuan tapi tak leh tengok dekat lagi sebab….




Pintu pagarnya berkunci



Maka jalanlah di tepian kawasan ni melihat pemandangan dari atas bukit rumah api ni.



Rasa berbaloi berjalan & mendaki tangga bila melihat pemandangan seperti di bawah ini. Sejuk mata memandang…




Harga?...fuh! bolih tahan la kalau berkongsi tapi kalau yang berkemampuan tak pe bolih ambil yang lebih elok & selesa lagi.






Bilik?...cukup selesa Cuma makanan la bagi tekak aku ni rasanya kurang sikit kecuali daging masak lomak cili apinya lah yang cun! Yang lain biasa2 je….kalau makanan barbecue lak rasa macam buat sendiri je tawar & kurang ramuan penyedapnya. Nasib baik makanan lautnya fresh kalau tak mmm…ntah lah!



Ruang tamu – ( gambar diambil masa nak balik tu nampak bersepah)



Bilik Tidur utama (bilik aku daaaa!)



2 lagi bilik kecil sikit dari bilik utama siap dengan bilik air setiap bilik.



Hidangan makanan ala buffet


Akan aku ceritakan lak nanti macamana suasana kursus atau latihan aku tu walaupun tak banyak sangat gambar.

Monday, 23 April 2012

LARIAN

Hari ini 24hb. April 2012, aku di paksa untuk membuat larian mendaki tangga berganti2..fuh! diberitahu kena daki sampai 4 tingkat dengar macam sikit je tapi bila dah alaminya alahai….nak pecah peha lutut nama je 4 tingkat tapi double tu jadi 8 lak pasal tangga kecik jaraknya.….peha jadi ketat dah tak bolih nak gerak sangat.

Bila baton sampai je ketangan aku dengan semangatnya aku berlari untuk tidak menghampakan rakan sepasukan, langkah aku dalam 3 anak tangga aku panjangkan. Tingkat pertama lepas, tingkat 2 dapat potong seorang peserta lawan, tingkat 3 dengan bangganya aku dapat memotong seorang lagi, aku mula memperlahankan langkah ku dari 3 langkah ke 2, dan mula menurun ke 1 langkah & bila sampai tingkat terakhir aku dah mula merangkak memegang besi pemegang tangga supaya aku tak jatuh.Kalau diambil gambar rasanya time tulah gambar terburuk aku.

Bila baton dah diberi ke peserta seterusnya ingatkan dah lega tapi susah lak nak nafas, kaki lak nyut..nyut longlai….cepat2 cari tempat duduk kalau tak mau jatuh aku dibuatnya..maintain dulu, nafas dah macam naga menghembuskan apinya…huh!..huh! pancit pakcik dibuatnyo. Pejam celik pejam celik mata ni menahan kepenatan.

Aku ni pelari ke 4 yang mana ada 6 lagi pelari selepas aku akan membuat lariannya. Walaupun aku pasti aku dah buat sedaya yang mungkin tapi aku tak tahu pula nasib pelari2 seterusnya.,

Keputusan?.....ke-2 terakhir dari 15 pasukan yang bertanding. Adalah…tak ler corot. Hehehe…anyway semangat juga. Dengar kata pelari sebelum aku ada membuat terlebih pusingan sebelum pass baton kat pelari seterusnya…semangat terlebih la katakan., Tak per lah yang penting enjoy walaupun mengantuk & letih pasal semalaman uruskan lagu untuk persembahan Aerobik tapi last minit hampeh tak jadi. Dah tu lak anak sulung aku lak tak sihat kena jaga dia semalaman pasal demam. Suhunya kuat sangat masa tidurnya.

Yelah, orang akan kata ni semua alasan aku je…tak pe lah aku dah cuba & aku berjaya. Nasib baik tak disuruh lari dari bawah sampai ke puncak yang aku tak pasti berapa tinggilah lagi.





Inilah hadiahnya untuk tempat kedua terakhir no 14.

Sunday, 22 April 2012

ARTIS LOCAL IMPORT?

Aku sebenarnya tak reti sangat nak mengulas bab artis ni tapi terpanggil nak mencuba memberi komen tentang isu komen artis Zed Zaidi pada Aaron Aziz.

Didalam beberapa perkara ada benarnya ulasan yang dinyatakan didalam blog Zed ni http://zedzaidi.blogspot.com/
tentang hal lambakan artis luar di negara Malaysia yang mana memberi impak yang negatif pada artis tempatan dalam rezeki mereka. Tawaran & harga yang diterima mereka si artis tempatan ni mungkin takkan sama dengan apa yang mereka perolehi setakat ini memandangkan artis luar ni ‘berharga’ sangat sampai bolih ditaja olih syarikat-syarikat besar.
Kita tengok saja lah apa jadi dengan kumpulan rock yang unggul seperti Search yang pernah suatu masa mengemis untuk meminta penajaan bagi membuat konsert melepaskan rindu pada peminatnya. Tetapi kalau kumpulan macam Sheila on 7 atau sebarang kumpulan dari luar negeri, mencurah-curah tajaan yang datang jadi nampak sangat kan ketidakadilannya?

Hal Zed ‘hantam’ Aaron dalam blognya memang bagi aku tak salah pasal itu pendapatnya tapi dek kerana fanatiknya peminat Aaron ni yang tak bolih menerima ‘hantaman’ tersebut maka menjadi satu isu besar la pula ditambah dengan sensasi-sensasi dari pihak media.
Tapi sure fan Aaron lega bila kenyataan yang diberi olih Aaron dalam nada yang ‘selamat & aman’ agar tidak menjadi keruh lagi & for sure juga bertambah-tambah lah ‘up’nya maruah Aaron dipandangan rakyat Malaysia. Tengoklah kenyataannya dalam blog beutifulnara ni.

Berbalik kes Zed & Aaron rasanya tak salah tegur menegur & tak salah memberi pendapat cuma kena difikirkan kan lah besar mana lah industri hiburan negara ni kalau nak dibandingkan Hollywood, Bollywood , besar nama kekadang ikat perut???..hehehe apalah aku melalut ni.

Wednesday, 18 April 2012

PENARI


Gambar hiasan sahaja

Kali ini aku nak cakap pasal isu penari & aku rasa ada yang sependapat atau tidak dengan apa yang aku nak cakap ini tetapi seperti tertera dalam kata2 aluanku ini adalah pendapat aku & tak akan ku persetan kalau ada yang tak sependapat dengan ku kerana kita sama saja.

Penari, orang kata yang jadi penari ni terdiri dari jenis yang lemah lembut & seringkali dipandang sinis bila orang lelaki melakukannya lebih2 lagi bila menarikan tarian tradisional. Tetapi sedar atau tidak penari lah yang menyumbangkan peranan dalam memilihara warisan budaya bangsa.
Melalui persembahan tradisional lah anak muda kini dapat mengenal akan pemakaian baju zaman dahulu dari  raja,pembesar mahupun permaisuri serta dayang. Walaupun ianya tak seratus peratus tulen (mengikut persalinan asal) tetapi sedikit sebanyak membantu mencantikkan lagi suasana tarian tersebut bila ditarikan.

Gambar hiasan sahaja

Zaman sekarang pula tarian barat seperti B-Boyz, cramp, hip-hop & sebagainya menjadi fofular akibat dari peranan filem yang menunjukkan betapa hebatnya tarian tersebut bila ditarikan olih mat2 saleh atau negro.






Aku bukannya anti tarian moden malah aku suka & bagi aku seorang penari yang bagus harus tahu atau memahami semua jenis tarian baik moden mahupun tradisional & jangan dibuat jurang diantara keduanya dengan membezakan antara tarian dulu atau kampong & tarian sekarang atau bandar. Juga seorang penari tesebut harus tahu sejarah tarian itu daripada asyik menarikan tanpa membuat rujukan. Kira jadi penari berilmu lah.

Dizaman sekarang ni permintaan bagi tarian tradisional & moden amat besar jurangnya dimana tradisional terletak dalam kelas tersendiri & hanya disasarkan pada majlis tertentu sahaja seperti pelancongan & berkaitan warisan tetapi tarian moden pula sasarannya meluas memandangkan permintaannya yang tinggi untuk ditarikan dalam majlis2 makan malam yang santai bukan protokol atau pun pelancaran sesuatu produk atau barang.
Ini mengakibatkan harga2 yang ditawarkan bagi kumpulan2 tarian amat berbeza dimana bagi tradisional memang harganya cukup rendah & tidak munasabah ditawarkan manakala moden pula memang tinggi .
Aku rasa orang nak tengok show sexy2 buka sikit2 perempuannya maka tarian moden tu yang selalu dapat perhatian & tawaran yang tinggi tapi bagi tradisional yang tutup2 sopan santun terpinggir & tawaran pun jadi sikit.
Aku tak nak cerita pasal isu tarian ni kalau nak cerita memang tak habis, tengok lah kalau aku rajin akan aku ceritakan

Berbalik dengan hal penari, lambakkan penari dah menjadi banyak kini lebih2 lagi di ibunegara KL. Tetapi dalam banyak2 penari tersebut berapa ramaikah yang betul2 menari kerana seni & layak digelar penari?
Penari yang keluar dari PPT memang digelar penari berilmu tapi berapa ramaikah dari mereka ini yang berjaya menjawat atau melakukan apa yang didiamkan berdasarkan pengajian mereka?
Penari begini terpaksa bersaing dengan penari ‘jalanan’ atau ‘bebas’ yang rasanya menyaksikan pengalaman mengatasi pembelajaran.  
Untuk peluang pekerjaan pula berapa banyak kekosongan? Yang mana penari yang sedia ada akan terus menari sehingga diperlukan & penari baru akan terus mengemis minta jawatan.
Bagi penari berilmu atau jalanan ataupun bebas, nasibnya lebih kurang sama saja dimana lebih dirasakan seperti ‘artis’ yang paling rendah kastanya dalam perkataan seniman memandangkan mereka terbiar tanpa pembelaan & kalau ada pun hanya seketika lepas tu kembali asal.
Kenapa aku kata penari ni ‘Artis’? Mereka juga yang menghiburkan orang, menyerikan sesebuah majlis malah penari juga ada gossipnya, hasad dengkinya, glamournya seperti celebriti artis. Cuma semuanya ini berlaku dikalangan dunia penari je tidak sampai ada majalahnya sendiri yang nak cerita gossip2 ni. Impaknya tetap sama macam celebriti artis.
Ada juga penari di tipu olih promoter atau artis, ada juga penari yang terbiar merempat sehingga meninggal dunia lebih seminggu baru diketahui. Ada juga penari yang tak de duit nak makan kalau minatnya mendalam pada tarian tapi tiada sesiapa yang nak panggil buat persembahan tak de show. Siapa atau badan mana yang dapat membela pernari2 ni?
Berpersatuan jauh la sekali bagi golongan ini memandangkan setiap masa mengejar rezeki ialah kena datang latihan di 2,3 tempat shownya pula sama satu hari sampai 2,3 show untuk mengumpul rezeki yang dapatnya tak seberapa tetapi kerana minat sanggup je walaupun letih tapi sure diaorang ni akan kata ‘Puas!’

PENARI DULU PENARI SEKARANG.

Gambar hiasan sahaja.

Kalau tak ada yang dulu takkan wujud yang sekarang, kata2 itu yang selalu aku ingat untuk menyedapkan hati orang2 penari yang dah ‘season’ & hampir dilupakan. Jauh dalam sanubari mereka ini masih tersemat rasa rindu untuk menari tapi mungkin atas faktor usia atau kesihatan yang menyekat atau membatas pergerakkan meraka walau bagaimana pun penari baru jangan lah mendabik dada sangat. Memang bagus tarian yang dibawa olih korang tapi setakat mana jeee??? Kalau suruh menari ballet bolih ke?? Jazz???..apa lagi tradisional??..tunjuk tarian silat pun macam kung fu jadinya. Jadi bertukar2 lah buah fikiran & hormatilah mereka ini sekiranya yang lama ingin memberi pandangan atau cadangan, yang mana elok diterima yang mana kurang sesuai jangan lah pulak dihina. Akan tiba juga nanti masanya korang akan jadi seperti mereka.

Aku bukan mengeluh juga bukan membebel tapi hakikatnya dah banyak terjadi didepan mata ku sendiri & ianya berterusan terjadi tanpa ada pengawalannya.
Mengambil kata2 yang ditujukan pada artis ‘Menghiburkan orang meskipun diri merana’ atau  'Seniman menangis' ..... begitulah PENARI.

Monday, 16 April 2012

DATO’ /DATUK?

Aku tak tahu kenapa zaman sekarang ni ramai lak yang dapat title dato’, kalau yang dah tua tu dipanggil datuk kira ok la tapi yang muda2 lagi dah dapat panggilan Dato’so aku tak pastilah dapatnya Dato’ ni kerana apa? 









Dah ramai orang mempersoalkan benda ni malah bila kita tengok apa syarat2 atau kelayakkan nak diberi gelaran ini? Sila tengok blog Ibrahim baba pasal isu ini. Banyak juga yang aku rasa sependapat dengannya.

Sepatutnya gelaran ini diberi pada yang benar2 berjasa pada Negara atau negeri tersebut tetapi kebelakangan ni orang itu & orang ini dah dapat gelaran Dato’ dengan senang aje.
Aku rasa bila orang dah banyak duit senang kut dapat beli gelaran ini nak dijadikan status la katakan.
Pihak istana pula sepatutnya membuat semakan atau tapisan dulu untuk beri gelaran ini kerana nak bagi darjah tu senang tapi nak pulangkan balik ada??
Yang bermasaalah dengan Negara atau masyarakat dapat juga dato’ tapi bila nama dah busuk sampai menjual Negara dah patutnya ambil balik la kan? Ada diaorang sanggup pulangkan ke wahai datuk2 yang sepakat menentang Negara?
Aku tak berapa ingat negeri mana yang ada ura2 nak ambil balik gelaran tapi seorang dua je kenapa tak check yang lainnya? Aku bukannya anti Dato’ Cuma aku rasa gelaran ni dah tak jadi eksklusif pada mereka yang menjawatnya kerana orang luar Negara pun dah ramai dapat gelaran ini lebih2 lagi dari Negara jiran. Apakah bantuan atau sumbangan mereka pada negeri yang menganugerahkan darjah tersebut?
Kepada raja2 atau sultan2, patek yang hina bukan nak mengata atau menderhaka kepada tuanku tetapi harap tuanku sekelian faham untuk memantau & memeriksa betul2 akan penerima2 darjah ini takut2 mereka ini nanti pula akan menderhaka kepada tuanku sekelian.

Patek hanya menunggu pada usia sahaja untuk mendapat darjah. Kalau dipanjangkan usia & anak2 dah berkahwin dapat lah title datuk insyaallah!.


Sunday, 15 April 2012

MENZIARAH




Pagi tadi sesampai je dirumah selepas menghantar anak sulung ku kesekolah, aku menerima berita yang isteri Pengerusi Jawankuasa Kemas Taman Dato’ Hormat meninggal dunia. Innalillah….!
Untuk pengetahuan, aku adalah salah seorang AJK tadika tersebut bermula dari anak sulung aku & kini anak ke-2 aku bermakna dah 2 musim aku jadi AJK tadika ni.
Aku & isteri kerumah beliau yang terletak berhampiran dengan sekolah tersebut.
Sayu memanglah terasa lebih2 lagi melihat anak2nya yang kemerahan matanya selepas puas menangis meratapi kematian satu2nya yang tersayang ibu mereka. Rasanya aku dapat mengalami perasaan mereka itu bilamana ibu ku yang kusayang sangat meninggalkan aku buat selamanya dahulu.
Ku jumpa Pengerusi En. Sharizan & kuucapkan takziah sambil memeluk beliau, terasa sebak lak bila melihat matanya merah tapi dengan tenang beliau mengucapkan terima kasih pada ku atas kesudian ku menziarahinya.
Aku tak dapat nak cerita apa2 diwaktu ini kerana menghormati & menunjukkan rasa simpati aku cuma ingin aku kongsikan dari pengalaman mataku disaat seorang suami bersedia meninggalkan isteri tercintanya, peluk cium terakhir yang diberikan takkan dapat dirasa puas seperti hari2 sebelumnya, genggaman tangan yang pernah dipegang saling berbalasan disaat bercinta hingga membawa ke perkhawinan seterusnya beranak pinak kini layu longlai tanpa sebarang balasan, manakal wajah yang digilai ditatapi atau direnungi setiap masa kini akan hilang selamanya.
Rasanya beginikah perasaan ayah ku dulu?  
Ku lihat betapa tenangnya beliau menguruskan persiapan pemergian isterinya. Walaupun sebak tapi masih mampu meguruskan semuanya. Dari mandi hingga dikafankan.
Bagi anak2nya pula seperti bapanya juga tenang dalam kesebakkan, masih mampu menguruskan persiapan dengan mengambil & mengatur kerusi2 untuk jadi tempat duduk bagi mereka2 yang uzur.
Tak banyak sangat aku mengenali isteri Pengerusi En. Sharizan ini kecuali beliau adalah penonton setia bagi rancangan kanak2 yang pernah aku babitkan diri.
Pernah sekali bila ke gerai jualan nasi lemaknya (nasi lemak buatan beliau memang best!...sama macam arwah mak ku buat) dia yang sibuk tanya keadaan peserta si itu atau sipolan itu kenapa terkeluar?
Aku tak pasti meninggalnya dia kerana sakit kanser apa (antara kepala atau rahim) tapi kata jiran sekeliling, beliau seorang yang amat baik & patuh pada mak mertuanya.
Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama orang2 yang solih hendaknya …Aminn!! – Alfatihah -