Wednesday, 23 May 2012

SUDIRMAN


Bersempena bulan memperingati Allayarham Sudriman Hj. Arshad yang kini sibuk dicanangkan di saluran TV Astro & tayangan filem Hoore-hoore arahan Saw Teong Hin, maka aku pun nak ambil kesempatan bercerita pengalaman aku mengenai insan yang begitu besar jasa seninya kepada negara kita iaitu Sudirman.



 
Aku mengenali Sudirman ketika pertama kali beliau memasuki bintang RTM yang pada waktu itu aku masih kecil lagi anggaran umurku masa tu dalam 9 atau 10 tahun. Bila beliau menjadi johan & seterusnya kerap muncul di kaca tv RTM masa tu dengan rancangan seperti ‘Hiburan Malam Minggu’ aku menjadi peminat beliau no. 1 kerana kagum & terpesonanya aku dengan kelincahan tariannya yang waktu itu tiada seorang artis yang kurasakan seunik beliau.
Paling aku minat tentang goyangan bahunya dalam lagu ‘Pengganggur’ membuatkan aku terikut2 cara menari beliau untuk dipersembahkan kepada mak bapak ku. Senyum je masa tu mak bapak aku.
Kerana terujanya aku dengan beliau, setiap kali albumnya keluar, akan aku suruh bapak aku belikan keset nyanyiannya tapi maklumlah bila aku masih ditanggung olih bapak maka duit membeli terhad la.




 
Bila aku remaja di peringkat sekolah aku mendapat peluang untuk menyaksikan persembahan beliau secara ‘live’ dimana pada satu hari aku telah diberikan tiket percuma melalui kenalan bapakku bagi menyaksikan perlawanan sepak takraw anjuran akhbar Utusan Malaysia. Mulanya aku tak nak pergi memandangkan aku ni bukan jenis orang yang suka bersukan tapi bila adanya nama Sudirman membuat persembahan aku mula rasa tak sabar menanti hari berlangsungnya pertandingan tersebut sampaikan tak tidur malam dibuatnya.
Bila hari yang dinanti tiba, sebaik saja lepas sekolah pagi aku bergegas bersiap untuk ke Stadium Negara menaiki bas. Aku tak pasti tiket aku untuk tempat duduk yang bahagian  mana, depan ke atau belakang ke memangnya aku tak pasti. Aku pergi awal masa tu takut tak berkesempatan ambil tempat duduk. Lama juga aku menunggu dari jam 2pm hingga ke 4pm. Bila pintu pagar dibuka bergegas aku mencari tempat last2 dapat lah kat kawasan tengah bahagian atas berdekatan tangga.
Fuh! Bangga rasanya masa tu dapat masuk dalam stadium tersebut kerana nak tengok persembahan Sudirman.
Akhirnya penantian aku berbaloi dengan kemunculan beliau didalam bola sepakraga tetapi yang membuat hari tu menjadi kenangan yang indah pabila Sudirman mula bersalaman dengan peminatnya sambil mengalunkan lagu kalau tak salah liriknya macam ni “tiada dua…tiada tiga..hanya lah ko saja…kepuncak awan ku rasa..” aku tak pasti judul lagu tu tapi semasa beliau mengalunkan lagu tu beliau bergerak dari satu tempat ke satu tempat sehingga lah sampai ke kawasan duduk ku dimana waktu itu aku berdoa dapatlah dia datang ke arah aku untuk bersalam. Alhamdulillah, tercapai jua bila aku orang terakhir yang dapat bersalam dengannya sebelum beliau turun semula ke pentas persembahan.



Walau pun berpeluh sedikit tangannya tapi aku rasakan lembut bukan main macam tangan perempuan pulak & yang bestnya tangan yang aku bersalaman tadi berbau wangi je…tak pasti lah bau wangi parfum ke atau apa, yang penting aku terus simpan tangan tu masuk dalam baju untuk aku tunjukkan pada mak bapak aku…Gila kan aku ni time tuuu?? Sampaikan nak balik rumah, bila naik bas Tong Foong dah jadi macam orang cacat, hanya tangan kiri je bergerak.
Dirumah aku terus je bercerita dengan mak aku tentang peristiwa tersebut & menunjukkan tangan kanan aku yang masih berbau wangi Sudirman tu. Mak mengangguk senyum & mula menyakat aku dengan mengatakan bau ntah apa2 suruh aku basuh. 

 
Begitu lah antara kenangan aku berjumpa Sudirman & setelah beberapa tahun beliau pergi aku mendapat peluang untuk bersama dalam projek memperingati beliau.
Aku menjadi perekatari bagi seluruh persembahan Konsert Sudirman didalam Kenangan yang dibuat olih RTM. Aku merasa puas kerana aku dapat berbuat sesuatu kepada Idola ku & yang aku merasa terharu serta bangga adalah semua persembahan aku mendapat kepujian & yang bestnya kakak Sudirman mengatakan yang persembahan yang dijayakan olih penari2 Centrestage hidup & memberi kesan terutama sekali bab terkahir ketika Siti Nurhaliza mendendangkan lagu ‘Salam Terakhir’ dimana aku hasilkan tarian seolah2 berkabung dengan pemergiannya dimana penari berpakaian hitam & bertopeng putih menggambarkan peminatnya meletakkan sekuntum bunga putih ditengah2 pentas simbolik kepada pengharagaan keatas pusara beliau.
Alhamdulillah, terima kasih pada mu ya Allah kerana aku dari seorang peminat yang memuja karier seninya dapat melakukan sesuatu untuk Sudriman Hj. Arshad.




Alfatihah untuk beliau.

 

No comments:

Post a Comment