Sunday, 6 May 2012

PAMERAN

Hari Jumaat lepas aku ke pameran penggiat industri sukan di Malaysia atau dalam bahasa English nya Malaysia Sports Industries Exhibition (MSIE) kat PWTC.


Perginya aku kesana pun atas dasar kerja pasal kumpulan penari aku kena buat tarian masa pameran tu berlangsung so, sempatlah aku luangkan masa menengok apa benda yang di pamerkan.
Keseluruhan pameran yang dianjurkan olih Majlis Belia Malaysia tu memang kena & sesuai untuk para belia & remaja lah pasal ianya pameran benda yang para belia atau remaja minati dizaman sekarang ni macam sukan extreme, RC kereta atau helicopter, video game & banyak lagi.
Ni dia antara gambar2 yang sempat aku ambil.









Paintball ala komando gitu




Rejimen Operasi Hitam?...



Nak jadi penyanyi pun ada gak…tak tahu la jenis ala biskut ‘Choc fat’ atau kekal




KMX Cycle – Basikal Roda 3


Juggling Bola pun ada



Optimus Prime pun datang melawat juga kat pameran ni


Bukan orang yang nampak macam tak pakai baju depan tu…yang belakang tu optimus prime nya.

Rasanya lah pameran ni memang bersesuaian dengan para belianya cuma aturcara persembahan untuk pameran tu nampak biasa2 sahaja & kurang sambutan tapi mungkin hari pertama kut? Tak tahu lah hari Sabtu & Ahadnya mungkin ok & meriah.








No comments:

Post a Comment