Wednesday, 9 May 2012

Berjalan Sambil Berkursus 2

Nak cerita lah pasal pengalaman berteam building atau bonding yang baru2 ni buat kat PD walaupun penat sangat tapi rasanya puas & seronok.
Sekarang ni latihan sebegini sememangnya amat popular & diperlukan bagi kebanyakkan syarikat atau jabatan kerajaan yang mana ianya adalah untuk memperbaiki, memperbetulkan keadaan atau suasana persekitaran pejabat & kakitangan yang berkerjasama lagi bertanggungjawab.
Dulunya diawal tahun 90’an latihan sebegini ada cuma ianya lebih keras & lasak dinamakan Bina semangat ( kalau dah masuk kem latihan ni semangat pun bolih hilang walaupun kata nak bina semangat) malah lebih teruk dari latihan khidmat negara yang para remaja sekarang ni buat walaupun acauannya sama.


Inilah Chief instructor team bonding kami kalau tak salah namanya Doktor Zainol






Antaranya latihan yg dibuat olih peserta kursus.


Berbagai jenis aktiviti & latihan dijalankan semasa kursus latihan ni & ianya menerapkan unsur2 ‘seronok’ atau ‘happy’ bagi para peserta nya. Antara aktiviti2 yang dijalankan ialah gerak kerja kumpulan menyelesaikan permasaalah, menangani rasa takut atau fobia dengan aksi panjat turun pokok serta bangunan & berenang dasar laut serta berkayak.
Yang bagusnya tentang aktiviti latihan ni ialah peserta tidak terlampau mengikut sistem tentera & dilakukan secara santai sahaja. Kira bercuti sambil beraktiviti lah.




Inilah bangunan yang para peserta kena turun melakukan Absailing ala turun cara komando guna tali.

Perbandingan latihan sebegini dengan yang dulu ialah, Bina Semangat dilakukan secara sistem ketenteraan dengan adanya kawad kaki ditengah panas waktu tengahari, pemakaian uniform yang seragam, tiada waktu santai dimana setiap masa mengikut aturcara yang diberi & seandainya tidak berdisiplin tindakan akan dikenakan seperti ketuk ketampi atau bumping ataupun berlari di kawasan padang.
Walaupun kedengaran amat menakutkan & sememangnya kalau ada yang hati kecil akan terus jadi kecut bila dengar & juga pasti ada yang stress bila dah mengalaminya, ianya meninggalkan sesuatu pengalaman yang tak bolih dilupakan bagi setiap peserta & ianya banyak menjadikan seseorang itu menjadi lebih yakin berani & berdikari dengan cara yang sebegitu kasar.
Teringat satu peristiwa dalam Bina Semangat ini yang mana peserta kena duduk didalam hutan berseorangan tanpa meninggalkan kemah atau kawasan yang pegawai nyatakan keluasannya selama semalaman. Ada yang menangis, ada yang menggigil ketakutan & bermacam2 perasaan dialami olih peserta kursus. Tapi hasilnya, mereka dapat berfikir dengan baik dalam menyelesaikan segala permasaalah  dengan semangat ‘hanya diri sendiri yang mampu menyelesaikan pada akhirnya’.

Begitulah ceritanya. Kalau cerita lebih2 jadi melalut pulak tengok lah dilain kali kalau teringat atau ada masa aku akan ceritakan.








No comments:

Post a Comment