Sejak kebelakangan ini aku rasa teruja lak nak mengetahui perkembangan politik yang berlaku di dalam negara sekarang ini lebih2 lagi bila nak menjelang PRU 13 ni.
Bermacam2 kisah sedih, gembira, benci, suka berlaku dalam politik negara kita ni dah macam kisah filem atau drama pulak tapi bagi aku, aku menyokong pada kepimpinan yang telah memakmurkan & memerdekakan Malaysia selama ini.
Kalau selama ini kita dah hidup aman damai kenapa harus memperjudikan diri malah negara untuk perubahan yang entah pasti akan membawa kebaikan atau keuntungan pada kita sebagai rakyat.
Biasalah kalau dalam setiap pemerintahan itu adanya sedikit pemasaalahan atau korupsi yang dilakukan olih kakitangan atau pegawai yang lupa diri tetapi kita yang sememangnya ada kuasa memilih bolih melakukan perubahan tersebut melalui pengundian yang biasa dijalankan setiap 5 tahun sekali. Tapi janganlah sampai nak berusuh atau berarak sehingga nak menunjuk pada dunia luar akan perkara dalaman kita . Tak kisah kalau perarakan tu dibuat secara aman seperti yang pernah dibuat olih orang2 kita dahulu tapi kalau sampai bergaduh, buat benda2 yang tak sepatutnya dalam perarakan tu yang tak bestnya yang mana di akhirnya menyebabkan beberapa pihak menerima kerugian.
Bagi aku, setiap orang ada alasannya serta pemikirannya untuk mereka menyokong & membantah kerana resam manusia kan yang pastinya tak puas bila dah mendapat sesuatu & mau yang lebih lagi bagi kesenangan mereka.
Tetapi aku amat tak suka atau benci dengan orang yang berpaling tadah & mencucuk dari belakang kerana sekiranya orang yang tiada pendirian ini memerintah alamat diri sendiri je lah yang terselamat manakala rakyatnya pula tersepit.
Aku tak nak lah negara kita macam cerita2 filem India yang orang politiknya menindas rakyat & tak nak juga macam kisah sejarah silam Melayu kita dimana Malaya dijajah Jepun atau Inggeris kerana adanya orang2 yang bersikap tali barut atau mencucuk ni.
Apa tak dapat nak fakir ke kisah tersebut untuk dijadikan tauladan? Sure punya ada aje alasan yang antaranya sebegini “dulu lain sekarang lain, dulu orang kita bodoh tapi sekarang orang kita dah celik tahu bezakan mana elok & tak eloknya”
Entahlah kalau dicakap macam mana sekalipun pada orang yang berfikiran negatif ni ada saja alas an yang diberi yang kalau akal kita tak cepat membuat kajian atau rumusan mahu terikut & mengiakan juga lah alasan2 tersebut.
Walau apa2 pun aku menghargai perjuangan orang2 terdahulu yang memerdekakan Malaysia ini & tak nak terjadi lagi penjajahan olih anasir luar walaupun kini dah mula nampak sedikit sebanyak penjajahan secara tidak langsung melalui media atau pun internet.
Semoga anak2 cucu2 aku dimasa akan datang dapat menilai kedamaian sebenar pada sesebuah negara yang merdeka untuk diteruskan pada generasi yang seterusnya.
No comments:
Post a Comment