Aku tak berkesempatan nak meng up date kan blog aku ni memandangkan sibuk sangat dengan kerja aku sejak kebelakangan ini.
Biasalah bila dah kerja yang ada kaitan dengan pengurusan majlis maka akan lewat & banyak pula lah prosidur atau prosesnya.
Aku rasa bersyukur bila sibuk ni terlampau menyibuk bermakna aku masih lagi diperlukan didalam kerja ku semoga allah terus terusan memberkati diriku. Amin!!
Setiap perkara yang hendak dijalankan semestinya ada ujian & cabarannya sebelum berjaya begitu juga dengan kerja ku ini. Permulaan sememangnya sukar benar nak pastikan punca kelemahan atau sebab musabab sesuatu perkara yang pincang itu tetapi berkat sabar akhirnya ku temui walaupun tidak dapat di perbaiki punca tersebut tetapi cukuplah dengan mengubahnya sedikit agar yang pincang kembali sempurna sedikit.
Alhamdulillah, benar kata orang setiap masa depan kita telah ditentukan & ada sebabnya kenapa kita diberikan masa depan yang sedemikian. Begitu juga aku, walaupun dalam sesetengah perkara adanya ketidak puas hatian tetapi kebanyakkannya aku bersyukur kerana allah memberikan masa depan aku ini yang bolih aku selesaikan berdasarkan pengalaman aku sebelumnya. Segala pengalaman aku yang sebelumnya begitu sakit, pedih, teruk kini menjadi buku pelajaran yang berguna untuk aku menyelesaikan segala permasaalahan kini. Terima kasih ya allah!
Tiada yang dapat ku ucapkan selain terima kasih & bersyukur atas segala pemberianmu ya allah!
No comments:
Post a Comment