Aku ingin nak mengucapkan beberapa ucapan disini yang rasanya tak sempat aku ucapkan memandangkan kesibukkan kerja aku yang menghadkan aku untuk berblog ni.
Pertama sekali aku nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua wanita yang bergelar ibu & yang ‘merasa dirinya seorang ibu’ dimana tanpa peranan wanita sebegini, takkan wujud generasi baru. Tetapi yang mana pernah jadi ibu tapi tidak memainkan peranannya hingga menjadi mengakibatkan peristiwa ‘mental’ yang pernah disiarkan di suratkhabar rasanya tak payah lah aku atau sesiapa nak ucapkan.
Ibu, Mama, Ummi, Mami & sebagainya ,nama yang sebegitu pendek tapi besar jasa & pengorbanannya malah bagi sesetengah anak akan dikenang sepanjang masa segala pengorbanan & jasa tersebut sehingga ke akhir hayatnya.
Bagi diri aku, aku ingin menyampaikan ucapan aku ini 2 orang yang paling penting dalam hidup aku dimana pertamanya kepada mak aku yang kini dah tiada lagi didunia ini. Segala apa yang dilakukan pada diriku masih tak sempat untuk aku balas kembali walaupun semasa beliau hidup tidak pula dia meminta itu ini tapi dalam leterannya sepanjang masa masih mendalam sayangnya pada ku sehingga nafas terakhir.
Sesalan aku padanya tak terkata yang tak mungkin aku ceritakan disini kenapa.
Hanya Fatihah yang dapat aku sedekahkan kepada beliau selepas setiap kali solat ku selain tahlil setiap bulan yang dijalankan olih aku & adik beradik ku.
Puan Kalthom Bt. Marijo…anakmu nak mengucapkan selamat hari ibu semoga rohmu bersemadi bersama dengan orang2 yang solih. Amin!!!
Keduanya kepada isteri aku yang begitu rajin membesar & menjaga pakai minum anak2 aku serta diriku. Sanggup bersusah senang dengan aku, sanggup mendengar segala keluahan,luahan serta kegembiraan aku, sanggup menerima segala hinaan yang ditujukan kepada aku & yang penting sanggup menyayangi diriku serta anak2 hasil bersama dengannya selama2nya. Alhamdulillah! Syukur aku mendapat isteri sebegini.
Puan Zaidatul Nor Bt Abas…suamimu ingin mengucapkan selamat hari ibu yang entah kali berapa ku ucapkan kepada mu tanpa ada sebarang hadiah meraikannya.
Semoga drimu akan terus mencintai diriku & anak2 selama2nya. Amin!!
Ucapan yang seterusnya adalah kepada guru2 yang pernah mendidik aku sebelum ini dalam pembelajaran aku sehingga aku menjadi seperti sekarang ini. Antara guru2 yang ingin ku ucapkan ialah guru sekolah rendah aku antaranya yang masih aku ingati ialah cikgu Yatimah, cikgu Aisha, cikgu Khodijah & cikgu Raja Hamzah (hanya menyebut nama2 yang diingati) sementara di sekolah menengah pula cikgu Siti Zaleha Hussien.
Aku juga ingin mengucapkan selamat hari guru kepada guru2 tari ku yang menjadikan diri aku sebegini antaranya arwah cikgu Syed Manaf, arwah en. Rashid, arwah Bat Latif, Syed Ekhzan & Pat Chan.
Terima kasih yang tak terhingga ku ucapkan kepada semua & Selamat Hari Guru.
Dan yang terakhir pula adalah ucapan selamat hari Jururawat kepada jururawat diseluruh dunia. Yang ini aku belum ada kisahnya tapi saja nak ucapkan.