Tuesday, 2 October 2012

HOTEL APARTMENT



Masa perkhawinan adik ipar aku, keluarga ku berpeluang untuk menginap di Hotel Apartment PNB Darby Park di Jalan Ampang berdekatan dengan Ampang Park Shopping Complex.
Sememangnya tak dapat disangkal lagi mengenai biliknya yang besar serta berdekatan dengan tempat startegik iaitu KLCC. Bersesuaian juga lah dengan harganya yang ‘kelasss’. 




Kami menyewa dua bilik.






Laluan masuk ke ruang tamu






Ruang tamu






Bilik tidur








Bilik air




 


Dapur




Balkoni



Sememangnya menginap dihotel yang kelas mempunyai rasa ‘selesa ‘yang tersendiri.

Monday, 17 September 2012

LUAHAN RASA






Syawal dah pun malabuhkan tirainya & kini datangnya Zulkaedah. Aku mula balik berblog bila aku rasa nak luahkan sesuatu.
Entah kenapa sejak kebelakangan ini beberapa perkerjaan sambilan yang ditawarkan kepada aku untuk melakukannya ‘gugur di penghujung’ yang bermaksud pada awalnya kerja tersebut aku lakukan tetapi kemudian tanpa pemberitahuan tiba-tiba orang lain dah pun buat kerja tersebut.
Nak kata apa ye? …Kekadang sifat orang ni lain, yang banyak berjasa, berkreatif lagi banyak membantu tidak di nilai sangat tetapi yang dapat memuaskan kepentingan dirinya sendiri akan diambil walau macamana jua pun meskipun individu tersebut hanya macam ‘tin kosong’.
Kecewa?...memang aku amat kecewa tetapi aku nak buat macamana? Sememangnya ini takdir yang ditentukan olih aku digerakkan olih yang maha kuasa dalam kehidupan masa depan ku tetapi aku akan cuba untuk melupakannya & berserah serta tawakkal atas segala yang terjadi ini semoga ada rahmat disebaliknya & semoga aku akan mendapat lebih dari apa yang sepatutnya ku dapat tapi ‘terlepas’ Amin!!
Aku tak tahu apa salah aku?....adakah aku ni jenis tak suka bersosial maka aku di pinggirkan?....apakah aku ni tak banyak cakap & tak pandai mengikut gaya golongan tertentu maka aku tak dipanggil untuk ke majlis mereka?
Hakikatnya sebelum itu aku pernah berkerjasama dengan mereka2 yang ‘menolak’ aku ini. Malah ianya bukan seketika berlarutan sampai bertahun2 tapi bila tiba pada suatu keadaan atau perkerjaan maka aku seolah di’hilangkan’ dalam senarai nama atau jemputan meraka ini.
Kenapa mereka2 ini tidak di beri balasan aje???....Aku geram tapi aku bolih buat apa? Aku marah tapi nak marahkan apa?
Selama hubungan aku dengan mereka ini ku pastikan agar ianya berjalan baik tanpa ada sedikit perselisihan atau salah faham tapi begini kah cara mereka melayan ku kembali?? Sedih kata apa mereka anggap aku ni ‘Sampah atau bangsat’ kee???
Tak payah la ku nyatakan disini siapa kah gerangan orang2 yang aku katakan ini tetapi andaikata orang tersebut membaca blog aku yang tak fofular ni ku harap agar mereka2 ni ingat lah balik perumpamaan yang hidup umpama roda ada kala kita di atas &  ada kala kita di bawah bermakna suatu hari kelak mereka2 yang ‘menolak’ & ‘menidakkan’ aku ini akan pasti tersungkur mengalami masaalah mungkin bukan sekarang tetapi pastinya akan datang antara ingat tak ingat saja perbuatan mereka2 ini kepada aku.
Nak ku pendam kan kecewa aku ni tak guna baik aku fikirkan masa depan aku. Yang pentingnya keluarga aku. Kecewa aku ni menjadi tenat kerana impian untuk aku membawa keluarga bercuti tidak kesampaian kerana sekiranya aku dapat perkerjaan yang ditawarkan olih mereka2 ini maka tercapai lah impian anak bini aku untuk bercuti sakan tapi sekarang ini??? Terpaksa ku tenangkan kata2 anak bini aku dengan perkataan ’lain kali mungkin ada’...tapi masanya bila???
Ya allah!...bantu lah hambamu ini agar aku dapat meriangkan hati keluarga ku. Biar ku susah tapi yang penting anak isteri ku gembira.

Thursday, 16 August 2012

HARI RAYA -KENANGAN


Hampir sebulan blog ku ni berpuasa disebabkan tuan punya berpuasa & tiada masa. Aku tahu untuk nak jadi kan blogger aku ni fofular kenalah aktif dengan bermacam cerita tapi taka pa lah nak buat macamana kan bila dah kerja makan gaji menjadi keutamaan, jadi bapa pula & hanya ada masa kalau kelapangan aje.
Tak apalah, itulah mukadimah aku pasal tak up date blog ni, kali ini aku nak cerita pasal raya. Kenangan raya ku dahulu sewaktu kanak-kanak & remaja terutama sekali ketika bersama arwah emak aku.
Masih lagi terbayang tiap kali raya kenangan aku waktu malam menjelang raya ketika pengisytiharan raya disiarkan dalam TV, keluargaku sibuk sangat ‘mengelabah’ takut raya jatuh pada keesokkan harinya & yang selalu mendoakan akan raya tidak jadi esok adalah emak ku pasal kalau jadi saja maka dialah insan yang paling kelam kabut & sibuk di dapur maklumlah adik beradik aku semuanya lelaki.

 
Kalau tak jadi raya esoknya, dia bersyukur berdoa sambil tersenyum & mula menyambung kerjanya dengan tenang sambil aku adik beradik akan diarahkannya untuk menjalankan tugas membantunya.Kalau jadi raya esoknya maka aku adik beradik akan kerja separuh jalan (membantu mak) & ‘cabut’ pergi ke surau walaupun Isyak belum sampai waktunya. Akan kedengaran mak bebelan mak dengan lantang bila aku & adik ku berlari keluar dari kawasan rumah quarters bandaraya.
Sebab kebiasaan yang selalu dibuat olih penghuni kuarters bandaraya pada masa tiap kali malam raya masa tu adalah dengan membuat kunjungan takbir dari rumah kerumah yang akan berlarutan sampai ke pagi.Jadinya jika tiada bantuan dari aku adik beradik & juga abah maka mak seorang sajalah yang menguruskan akan hidangan yang lazim untuk hidangan para tetamu yang datang bertakbir dirumah malam raya tu.
Hidangan malam menjelang raya ketika takbir yang menjadi kelaziman untuk mak siapkan ialah pecal selain ketupat rendang.

gambar contoh: macam nilah raya takbir kerumah kalau rumah tu sempit
 
 

 
 
 
Sememangnya raya takkan meriah tanpa mak kerana dialah  yang akan pastikan persiapan & hiasan sempurna dimana tiap kali raya beliau akan pastkan gubahan bunga sundal malam terletak kemas diatas meja makan. Pastinya aku akan merindui keharuman bunga tu tiap kali malam raya ( kalau nak beli zaman sekarang ni takut fikir bukan-bukan ala datang pontaianak la hantu la )


 
Kalau kuih raya pula, kebanyakkannya mak akan buat sendiri tak macam sekarang ni banyak yang dibeli. Biasanya mak akan gunakan oven bakar kuih kalau nak buat kuih samprit yang bermacam bentuk & warna tapi sama je rasa. Kuih bangkit adalah salah satu kuih kemestian selain samprit. Masih terasa keenakkan kelapa dalam & tepung dalam kuih tu kekadang bila cakap bolih berterabur keluar kalau mulut penuh.






 
Kerja aku adik beradik selain menggantung langsir bila menjelang raya ialah menukar sarong kerusi kusyen rotan. Tapi sebelum tu kerusi rotan tu yang kekadang terkeluar atau terjulur serpihan rotan pengikatnya akan aku basuh, ikat atau paku balik & di varnish bagi nampak baru.









Kalau raya pula kebanyakkan masa aku & adik beradik akan beraya kat rumah saja pada raya pertama menyambut kanak-kanak yang datang rumah beraya kerana duit yang pada masa tu dalam lingkungan 20sen hingga 50 sen saja dibandingkan sekarang ni RM5 minimum. Raya ke-2 & ke-3 baru sekeluarga beraya balik kampong abah kat Klang & kampong mak kat Sepang.

Begitu lah raya ku dahulu, semua kenangan  rasanya indah terutama sekali  bila arwah emak ada. Kini, raya banyak kekurangannya bila bersama abah tapi sekurang-kurangnya masih dapat mengimbas kembali sedikit kenangan tu bila bersama abah.

Pada arwah emak, Selamat Hari Raya, anakmu amat merindui mu.



Thursday, 19 July 2012

SELAMAT BERPUASA 2012








Esok, bermula lah puasa bagi seluruh rakyat Malaysia tahun 2012 & malam nanti pula kalau tak salah akan adanya solat Terawih disetiap surau atau Masjid selepas solat Isyak.
Alhamdulillah! Berjumpa lagi aku pada Ramadhan kali ini & pastinya azam aku seperti tahun2 yang sebelumnya untuk solat Terawih penuh di samping berqiamulail diwaktu malam tapi azam setakat di mulut kekadang setengah jalan jadi balik seperti yang sebelumnya. Moga aku dapat melakukannya pada tahun ini, insyaallah!
Tahun ni pada hari pertama berbuka puasa bakal dibuat dirumah bapak ku manakala selang 8 hari kalau tak salah dirumah bapak mertua ku pula. Rasanya  seperti  tahun2 sebelum kemeriahan berbuka tak lah semasa arwah emak ada dulu tapi sekurang2nya ianya masih meninggalkan kenangan pada setiap keluarga adik beradik ku.
Aku bercadang untuk membersihkan kubur arwah emak ku seminggu atau sehari sebelum puasa tapi masih tidak kesampaian lagi insyaallah mungkin esok atau lusa akan aku jalankan.
Sempena bulan Ramadhan ini ku ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua rakan2 ku serta seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam moga puasa kita tahun ini Mabrur hendaknya. Amin!!

Wednesday, 11 July 2012

Pengalaman membawa anak ke pusat rawatan


Aku nak cerita tentang pengalaman aku membawa anak yang sakit dari satu pusat rawatan ke pusat rawatan kerajaan lain yang kalau diikutkan hati memang nak ‘mengamuk’ je tapi apa kan daya dah namanya peraturan manusia gitu aje lah.
Pada hari Selasa lepas aku membawa anak perempuan aku yang tak pasti apa sakitnya pasal dah 3 hari demamnya tak kebah untuk rawatan. Waktu tersebut dalam 8.30pm isteriku memaksa selepas saja aku pulang dari membawa anak sulong ku mengaji Quran.
Aku & isteri bercadang ke klinik kerajaan dulu untuk memastikan agar pemeriksaan darah dapat dijalankan pada anak perempuan ku.
Bergerak kami sekeluarga ke klinik yang terletak di Taman Dato Harun PJ & bila sampai saja yang keadaan luarnya nampak sepi lalu kusuruh isteriku mendaftar dulu di bahagian kecemasan sambil aku mencari ruang untuk memakirkan kereta. Sebaik saja aku matikan enjin kereta tetiba isteri aku muncul mengatakan doktor terlampau sibuk kalau nak periksa darah kena datang awal pagi tapi kalau nak periksa juga kata jururawat yang bertugas minta kami sekeluarga ke klinik 1 Malaysia di Taman Lindungan.
Bergerak lah sekali lagi kami sekeluarga ke klinik yang dinyatakan & sesampainya diklinik tersebut sekali lagi aku menyuruh isteriku mendaftar & aku memakirkan kereta. Sekali lagi juga isteri ku muncul mengatakan kali ini yang klinik 1 Malaysia hanya memberi ubat asas saja tapi kalau kes berat kena ke klinik kerajaan yang besar sikit atau hospital.
Dalam masa kalut tu aku & isteri ku berbincang hospital mana yang patut kami pergi. Akhirnya kami berdua memutuskan untuk ke hospital yang terletak di Bandar Tasik Selatan yang separuh kerajaan takut kalau hantar ke hospital kerajaan macam-macam lak karenah prosidurnya.
Jam 9.57pm isteriku membuat pendaftaran. 




 
Jam 10pm telah berlalu, masuk jam 11pm penukaran bilik rawatan berlaku tapi tiada panggilan lagi dibuat memandangkan pemeriksaan dibuat dalam ruang bilik kecemasan pula. Pukul 12am baru lah dipanggil untuk pemeriksaan. Selepas 20 minit isteriku keluar bersama anak perempuanku dengan tangannya berbalut jarum penyedut darah & katanya kena tunggu hasil pemeriksaan darah dulu baru bolih pulang.




 
Anak-anak aku yang lagi 2 orang yang dari tadi terpaksa dibawa bersama mula buat hal dengan mengatakan lapar & mengantuk maklumlah keluar rumah tadi sememangnya tak sempat nak makan malam lagi maka aku bawalah anak-anak aku ke mesin makanan & minuman. Si Qasy anak sulong aku mula buat perangai tak pernah jumpa barang kerana pertama kali berjumpa mesin makanan ringan yang gunakan duit untuk mendapatkannya. Katanya ingatkan hanya dalam tv saja rupanya memang ada nyata. Setakat mesin minuman dia dah tak heran. Maka malam tu makan malam anak-anak aku sekadar air tin mountain dew & biskut coklat oreo saja.  
Selang setengah jam maka nombor giliran anak aku dipanggil semula & dalam masa 20 minit isteri & anak aku keluar dari ruang bilik kecemasan.
Maka, setelah mengambil ubat & membuat pembayaran yang rasanya cukup mahal bagi warga Malaysia iaitu RM50 bagi sekali rawatan & ubatan kami sekeluarga pulang dalam keadaan penat dimana waktu tersebut dah pun 1.00am.


 
Bayangkan lah pengalaman 5 jam untuk keselamatan anak perempuanku yang rasanya kalau kita tak kisah walau seminit pun tak tahu apa akibatnya yang bakal jadi mungkin dari 5 jam yang aku harungi sekarang ini bakal menjadi sehari atau berminggu mungkin juga berbulan?
Syukur alhamdulillah, anak aku tak disyakki dengan penyakit yang merbahaya hanya demam biasa. Cuma entah lah patut aku komen atau tak berkenaan perkhidmatan yang lambat ni? Semua orang ada alasan & jawapannya bagi setiap isu atau persoalan.

Wednesday, 4 July 2012

KES MAT HITAM


Akhirnya ada juga tangkapan dibuat ke atas mamat negro ni kat area rumah aku walaupun lambat tapi ada kira ok la juga sekurang-kurangnya dapat mengurangkan lambakan negro di Mentari Court ni.
Aku sebenarnya tak kisah kalau diaorang ni duduk dengan aman tapi masaalahnya selalu sangat di kacau ganggu penghuni kat sini antaranya mengorat anak bini orang & jadi samseng.
Ada satu kisah yang tak berapa pasti kesahihannya, mamat negro ni cuba pancing bini orang dengan wang ringgit siap puji kecantikan wanita tu walaupun tak layan tapi dia ‘ayat’ juga entah apa dia teringin sangat nakkan wanita tu sehingga merimaskan wanita tersebut. Mungkin wanita itu dah mengadu kat suaminya maka malam tersebut, si laki wanita itu menyerang negro tu bersama beberapa kumpulan siap bawak barang pemukul lagi & diheret mamt negro tu ke dalam kereta & dibawa entah kemana. Bagaimana keadaan mamat negro tu wallahuallam.
Tu belum lagi kedai atau pub yang diaorng buka entah halal atau haram kat area Mentari Court ini.

Monday, 18 June 2012

JEREBU




Sekali lagi KL dilanda jerebu yang mana menurut berita akibat pembakaran ladang dari Indonesia.
Tak habis-habis isu ni. Dah berapa kali kerajaan Malaysia merayu pada kerajaan Indonesia minta kawal isu pencemaran ni tapi hasilnya tetap sama. Biasalah kalau dah banyak sangat rakyatnya serta jajahannya nak control pun susah kan? Ini ada hati lagi nak tuntut jajahan baru. Rakyatnya pula dah dididik asyik nak memprotes aje dah tak fikir masaalah orang lain janji ‘lepas’ diri sendiri sudah. Yang menjadi mangsa kita ni di Malaysia terpaksa menerima bermacam penyakit macam batuk lah, demam lah, selsema dan sebagainya. Kalau kerajaan nak lebih-lebih lak takut jadi isu keselamatan lak mungkin berperang jadinya tapi lihatlah apa yang berlaku, terbaru sekali lagi kerajaan Malaysia merayu minta kerajaan Indonesia mengawal isu ini tapi ada diaorang kisah ke? Adakah apa-apa tindakan? Kalau ada pastinya kita tak terima lagi ancaman pencemaran sebegini.
Nasib kita berjiran dengan negara sebegini ala duduk rumah berjirankan orang yang keras kepala kalau kita tak tahan pindah kalau tahan fakir-fikir apa yang patut tapi masaalahnya kalau kita pindah negara payah lak pulak!
Aku fikir patut kerajaan cipta kipas besar ke atau sebarang alatan pencegahan asap disepanjang pantai negara kita ni dengan tujuan bila nampaknya asap pencemaran ni dijanakan kipas tu bagi menganginkan balik ke negara asalnya biar lah satu Indonesia tu berjerebu tak nampak jalan & bagi mereka merasa macamana kita disini merasa peritnya.
Entah lah ni cuma kata-kata khayalan je kalau nak jadikan reality tak pernah ada orang fikir kan pun. Kalau tak suruh lah bomoh hujan yang dapat control hujan tolak pencemaran tu dengan angin kuat balik ketempat asalnya. Dah jadi cerita lawak la pulak.
Tapi itu lah kenyataannya bila tiba musim Monsoon atau bulan 6 atau 7 ni ada je pencemaran yang berlaku di Malaysia & kita penduduknya terpaksa menerima, menghadapi & menelannya dalam keadaan sakit hati.

Sunday, 10 June 2012

SAKIT KEPALA & MAKAN DIBELANJA


Sejak kebelakangan ini aku mudah sangat mengidap sakit kepala. Rasa sakit sebelah bahagian kepala yang doktor kata migraine & menangkap pula kat mata..fuh! bukan kepalang sakitnya.
Kala tengah mencatit blog ni pun ada terasa sikit-sikit tapi tahan kan aje dulu. Tak nak biasakan dengan ubat nanti orang kata sakit tu dah jadi lali pula.
Sebelum ni migrain kepala aku ni tak lah teruk tapi sejak kelmarin lepas saja adik aku belanja makan Seafood kesakitannya tak bolih dikata mengalir airmata dibuatnya tapi sebelah aje belah kiri mata.
Entah lah aku tak check sangat kat doktor keadaan diriku apakah aku ni ada darah tinggi ke atau tidak tapi yang pasti aku dah lama tak pakai cermin mata walupun tahu yang keadaan ‘power’ mata ku dah tak seimbang.
Aku agak lah mungkin migrain yang datang kat aku ni berkaitan dengan mata tapi tengoklah kalau ada masa aku akan check doktor dulu & kalau ada rezeki lebih aku akan buat cermin mata baru. (yang lama entah kemana hilangnya).
Berbalik pasal makan tadi, adik aku berbelanja besar kelmarin dengan membelanja makan di kedai makanan laut bertempat di Bagan Lalang Sepang.
Mula-mula janji nak jumpa kat Bagan Lalang jam 3pm, bertahan lah aku dengan tak makan tengahari ingatkan nak makan ikan bakar time lunch rupanya jam 5pm baru jumpa dia…mmmm..sabar je lah….! Tapi aku kira pulun habis la melepaskan dendam akibat tak makan tengaharinya. Lauk fuh ! ...tak terkira dari lala masak pedas, sotong goreng tepung, ketam masak 3 rasa, kerapu stim & kerapu masak masam manis memang kusyuk dibuatnya.
Tapi, tu la makan tak beringat kan ?...walaupun sedap masakannya tapi kena berhati-hati makan akibatnya kepala aku jadi mangsa.
Lokasi tempat tu tak sempat aku nak amik gambarnya ialah dah sedap pekena lauk-lauk sampai terlupa tapi sempat lah gak amik pinggan sudu yang dah habis makan & dengan keadaan tempat tu dari anjung makan.
Adik aku cakap dia dapat cari tempat ni melalui internet tapi aku tak berapa berkenan sangat dengan persekitaran tempat tu yang bagi aku macam tak ‘bersih’.
Walaubagaimana pun terimakasih la pada adik aku ni Affihuraizi B. Abas & isterinya Tun Mozla sekeluarga kerana sudi membelanja abang-abangnya makan sempena mendapat durian ‘runtuh’ hasil jualan langsungnya. Semoga murah lagi rezeki hendaknya.







Thursday, 31 May 2012

SIBUK JEEE


Maaf kerana tak berkesempatan nak meng update pasal sibuk dengan kerja & juga masa dengan keluarga memandangkan cuti persekolahan yang dah pun bermula.
Emmm….mana ye nak bawak famili dengan budget yang kecik?

Kalau sempat nanti aku update k? Chow dulu...

Wednesday, 23 May 2012

SUDIRMAN


Bersempena bulan memperingati Allayarham Sudriman Hj. Arshad yang kini sibuk dicanangkan di saluran TV Astro & tayangan filem Hoore-hoore arahan Saw Teong Hin, maka aku pun nak ambil kesempatan bercerita pengalaman aku mengenai insan yang begitu besar jasa seninya kepada negara kita iaitu Sudirman.



 
Aku mengenali Sudirman ketika pertama kali beliau memasuki bintang RTM yang pada waktu itu aku masih kecil lagi anggaran umurku masa tu dalam 9 atau 10 tahun. Bila beliau menjadi johan & seterusnya kerap muncul di kaca tv RTM masa tu dengan rancangan seperti ‘Hiburan Malam Minggu’ aku menjadi peminat beliau no. 1 kerana kagum & terpesonanya aku dengan kelincahan tariannya yang waktu itu tiada seorang artis yang kurasakan seunik beliau.
Paling aku minat tentang goyangan bahunya dalam lagu ‘Pengganggur’ membuatkan aku terikut2 cara menari beliau untuk dipersembahkan kepada mak bapak ku. Senyum je masa tu mak bapak aku.
Kerana terujanya aku dengan beliau, setiap kali albumnya keluar, akan aku suruh bapak aku belikan keset nyanyiannya tapi maklumlah bila aku masih ditanggung olih bapak maka duit membeli terhad la.




 
Bila aku remaja di peringkat sekolah aku mendapat peluang untuk menyaksikan persembahan beliau secara ‘live’ dimana pada satu hari aku telah diberikan tiket percuma melalui kenalan bapakku bagi menyaksikan perlawanan sepak takraw anjuran akhbar Utusan Malaysia. Mulanya aku tak nak pergi memandangkan aku ni bukan jenis orang yang suka bersukan tapi bila adanya nama Sudirman membuat persembahan aku mula rasa tak sabar menanti hari berlangsungnya pertandingan tersebut sampaikan tak tidur malam dibuatnya.
Bila hari yang dinanti tiba, sebaik saja lepas sekolah pagi aku bergegas bersiap untuk ke Stadium Negara menaiki bas. Aku tak pasti tiket aku untuk tempat duduk yang bahagian  mana, depan ke atau belakang ke memangnya aku tak pasti. Aku pergi awal masa tu takut tak berkesempatan ambil tempat duduk. Lama juga aku menunggu dari jam 2pm hingga ke 4pm. Bila pintu pagar dibuka bergegas aku mencari tempat last2 dapat lah kat kawasan tengah bahagian atas berdekatan tangga.
Fuh! Bangga rasanya masa tu dapat masuk dalam stadium tersebut kerana nak tengok persembahan Sudirman.
Akhirnya penantian aku berbaloi dengan kemunculan beliau didalam bola sepakraga tetapi yang membuat hari tu menjadi kenangan yang indah pabila Sudirman mula bersalaman dengan peminatnya sambil mengalunkan lagu kalau tak salah liriknya macam ni “tiada dua…tiada tiga..hanya lah ko saja…kepuncak awan ku rasa..” aku tak pasti judul lagu tu tapi semasa beliau mengalunkan lagu tu beliau bergerak dari satu tempat ke satu tempat sehingga lah sampai ke kawasan duduk ku dimana waktu itu aku berdoa dapatlah dia datang ke arah aku untuk bersalam. Alhamdulillah, tercapai jua bila aku orang terakhir yang dapat bersalam dengannya sebelum beliau turun semula ke pentas persembahan.



Walau pun berpeluh sedikit tangannya tapi aku rasakan lembut bukan main macam tangan perempuan pulak & yang bestnya tangan yang aku bersalaman tadi berbau wangi je…tak pasti lah bau wangi parfum ke atau apa, yang penting aku terus simpan tangan tu masuk dalam baju untuk aku tunjukkan pada mak bapak aku…Gila kan aku ni time tuuu?? Sampaikan nak balik rumah, bila naik bas Tong Foong dah jadi macam orang cacat, hanya tangan kiri je bergerak.
Dirumah aku terus je bercerita dengan mak aku tentang peristiwa tersebut & menunjukkan tangan kanan aku yang masih berbau wangi Sudirman tu. Mak mengangguk senyum & mula menyakat aku dengan mengatakan bau ntah apa2 suruh aku basuh. 

 
Begitu lah antara kenangan aku berjumpa Sudirman & setelah beberapa tahun beliau pergi aku mendapat peluang untuk bersama dalam projek memperingati beliau.
Aku menjadi perekatari bagi seluruh persembahan Konsert Sudirman didalam Kenangan yang dibuat olih RTM. Aku merasa puas kerana aku dapat berbuat sesuatu kepada Idola ku & yang aku merasa terharu serta bangga adalah semua persembahan aku mendapat kepujian & yang bestnya kakak Sudirman mengatakan yang persembahan yang dijayakan olih penari2 Centrestage hidup & memberi kesan terutama sekali bab terkahir ketika Siti Nurhaliza mendendangkan lagu ‘Salam Terakhir’ dimana aku hasilkan tarian seolah2 berkabung dengan pemergiannya dimana penari berpakaian hitam & bertopeng putih menggambarkan peminatnya meletakkan sekuntum bunga putih ditengah2 pentas simbolik kepada pengharagaan keatas pusara beliau.
Alhamdulillah, terima kasih pada mu ya Allah kerana aku dari seorang peminat yang memuja karier seninya dapat melakukan sesuatu untuk Sudriman Hj. Arshad.




Alfatihah untuk beliau.