Monday, 17 September 2012

LUAHAN RASA






Syawal dah pun malabuhkan tirainya & kini datangnya Zulkaedah. Aku mula balik berblog bila aku rasa nak luahkan sesuatu.
Entah kenapa sejak kebelakangan ini beberapa perkerjaan sambilan yang ditawarkan kepada aku untuk melakukannya ‘gugur di penghujung’ yang bermaksud pada awalnya kerja tersebut aku lakukan tetapi kemudian tanpa pemberitahuan tiba-tiba orang lain dah pun buat kerja tersebut.
Nak kata apa ye? …Kekadang sifat orang ni lain, yang banyak berjasa, berkreatif lagi banyak membantu tidak di nilai sangat tetapi yang dapat memuaskan kepentingan dirinya sendiri akan diambil walau macamana jua pun meskipun individu tersebut hanya macam ‘tin kosong’.
Kecewa?...memang aku amat kecewa tetapi aku nak buat macamana? Sememangnya ini takdir yang ditentukan olih aku digerakkan olih yang maha kuasa dalam kehidupan masa depan ku tetapi aku akan cuba untuk melupakannya & berserah serta tawakkal atas segala yang terjadi ini semoga ada rahmat disebaliknya & semoga aku akan mendapat lebih dari apa yang sepatutnya ku dapat tapi ‘terlepas’ Amin!!
Aku tak tahu apa salah aku?....adakah aku ni jenis tak suka bersosial maka aku di pinggirkan?....apakah aku ni tak banyak cakap & tak pandai mengikut gaya golongan tertentu maka aku tak dipanggil untuk ke majlis mereka?
Hakikatnya sebelum itu aku pernah berkerjasama dengan mereka2 yang ‘menolak’ aku ini. Malah ianya bukan seketika berlarutan sampai bertahun2 tapi bila tiba pada suatu keadaan atau perkerjaan maka aku seolah di’hilangkan’ dalam senarai nama atau jemputan meraka ini.
Kenapa mereka2 ini tidak di beri balasan aje???....Aku geram tapi aku bolih buat apa? Aku marah tapi nak marahkan apa?
Selama hubungan aku dengan mereka ini ku pastikan agar ianya berjalan baik tanpa ada sedikit perselisihan atau salah faham tapi begini kah cara mereka melayan ku kembali?? Sedih kata apa mereka anggap aku ni ‘Sampah atau bangsat’ kee???
Tak payah la ku nyatakan disini siapa kah gerangan orang2 yang aku katakan ini tetapi andaikata orang tersebut membaca blog aku yang tak fofular ni ku harap agar mereka2 ni ingat lah balik perumpamaan yang hidup umpama roda ada kala kita di atas &  ada kala kita di bawah bermakna suatu hari kelak mereka2 yang ‘menolak’ & ‘menidakkan’ aku ini akan pasti tersungkur mengalami masaalah mungkin bukan sekarang tetapi pastinya akan datang antara ingat tak ingat saja perbuatan mereka2 ini kepada aku.
Nak ku pendam kan kecewa aku ni tak guna baik aku fikirkan masa depan aku. Yang pentingnya keluarga aku. Kecewa aku ni menjadi tenat kerana impian untuk aku membawa keluarga bercuti tidak kesampaian kerana sekiranya aku dapat perkerjaan yang ditawarkan olih mereka2 ini maka tercapai lah impian anak bini aku untuk bercuti sakan tapi sekarang ini??? Terpaksa ku tenangkan kata2 anak bini aku dengan perkataan ’lain kali mungkin ada’...tapi masanya bila???
Ya allah!...bantu lah hambamu ini agar aku dapat meriangkan hati keluarga ku. Biar ku susah tapi yang penting anak isteri ku gembira.

No comments:

Post a Comment