Esok, bermula lah puasa bagi seluruh rakyat Malaysia tahun 2012 & malam nanti pula kalau tak salah akan adanya solat Terawih disetiap surau atau Masjid selepas solat Isyak.
Alhamdulillah! Berjumpa lagi aku pada Ramadhan kali ini & pastinya azam aku seperti tahun2 yang sebelumnya untuk solat Terawih penuh di samping berqiamulail diwaktu malam tapi azam setakat di mulut kekadang setengah jalan jadi balik seperti yang sebelumnya. Moga aku dapat melakukannya pada tahun ini, insyaallah!
Tahun ni pada hari pertama berbuka puasa bakal dibuat dirumah bapak ku manakala selang 8 hari kalau tak salah dirumah bapak mertua ku pula. Rasanya seperti tahun2 sebelum kemeriahan berbuka tak lah semasa arwah emak ada dulu tapi sekurang2nya ianya masih meninggalkan kenangan pada setiap keluarga adik beradik ku.
Aku bercadang untuk membersihkan kubur arwah emak ku seminggu atau sehari sebelum puasa tapi masih tidak kesampaian lagi insyaallah mungkin esok atau lusa akan aku jalankan.
Sempena bulan Ramadhan ini ku ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua rakan2 ku serta seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam moga puasa kita tahun ini Mabrur hendaknya. Amin!!
No comments:
Post a Comment