Sunday, 10 June 2012

SAKIT KEPALA & MAKAN DIBELANJA


Sejak kebelakangan ini aku mudah sangat mengidap sakit kepala. Rasa sakit sebelah bahagian kepala yang doktor kata migraine & menangkap pula kat mata..fuh! bukan kepalang sakitnya.
Kala tengah mencatit blog ni pun ada terasa sikit-sikit tapi tahan kan aje dulu. Tak nak biasakan dengan ubat nanti orang kata sakit tu dah jadi lali pula.
Sebelum ni migrain kepala aku ni tak lah teruk tapi sejak kelmarin lepas saja adik aku belanja makan Seafood kesakitannya tak bolih dikata mengalir airmata dibuatnya tapi sebelah aje belah kiri mata.
Entah lah aku tak check sangat kat doktor keadaan diriku apakah aku ni ada darah tinggi ke atau tidak tapi yang pasti aku dah lama tak pakai cermin mata walupun tahu yang keadaan ‘power’ mata ku dah tak seimbang.
Aku agak lah mungkin migrain yang datang kat aku ni berkaitan dengan mata tapi tengoklah kalau ada masa aku akan check doktor dulu & kalau ada rezeki lebih aku akan buat cermin mata baru. (yang lama entah kemana hilangnya).
Berbalik pasal makan tadi, adik aku berbelanja besar kelmarin dengan membelanja makan di kedai makanan laut bertempat di Bagan Lalang Sepang.
Mula-mula janji nak jumpa kat Bagan Lalang jam 3pm, bertahan lah aku dengan tak makan tengahari ingatkan nak makan ikan bakar time lunch rupanya jam 5pm baru jumpa dia…mmmm..sabar je lah….! Tapi aku kira pulun habis la melepaskan dendam akibat tak makan tengaharinya. Lauk fuh ! ...tak terkira dari lala masak pedas, sotong goreng tepung, ketam masak 3 rasa, kerapu stim & kerapu masak masam manis memang kusyuk dibuatnya.
Tapi, tu la makan tak beringat kan ?...walaupun sedap masakannya tapi kena berhati-hati makan akibatnya kepala aku jadi mangsa.
Lokasi tempat tu tak sempat aku nak amik gambarnya ialah dah sedap pekena lauk-lauk sampai terlupa tapi sempat lah gak amik pinggan sudu yang dah habis makan & dengan keadaan tempat tu dari anjung makan.
Adik aku cakap dia dapat cari tempat ni melalui internet tapi aku tak berapa berkenan sangat dengan persekitaran tempat tu yang bagi aku macam tak ‘bersih’.
Walaubagaimana pun terimakasih la pada adik aku ni Affihuraizi B. Abas & isterinya Tun Mozla sekeluarga kerana sudi membelanja abang-abangnya makan sempena mendapat durian ‘runtuh’ hasil jualan langsungnya. Semoga murah lagi rezeki hendaknya.







No comments:

Post a Comment