Sekadar gambar hiasan.
Aku tak faham lah kenapa
orang cari pasal dengan aku? Aku ada buat salah ke dengan diaorang? Permulaan kata
atau perbuatan aku selalunya aku mulakan dengan cara baik & berhati-hati
tapi bila dah lama bersama menjadi masaalah pula.
Aku dianggap sebagai orang yang memahami masaalah diaorang bila aku mulakan
kerja ku disuatu syarikat tumpuan pelancongan seluruh dunia. Aku diterima
sebagai pemimpin kerana pengalaman sebelum ku disyarikat pengurusan taman tema.
Juga sebagai seorang yang memahami seni terutama sekali hiburan.
Pastinya bila menjadi pemimpin, kena melihat dulu struktur perjalanan atau
operasi kumpulan atau jabatan sebelum mula mengorak langkah kearah pembaharuan
kan?
Begitu juga dengan diriku bila aku dah memahami serta menyelidik terdapat
lah kelemahan & juga masaalah dalam operasi jabatan yang ku pimpin ini maka
seperti kebiasaan pemimpin dimulakan satu pembaharuan untuk memajukan &
memantapkan lagi operasi jabatan atau kumpulan ini.
Bermula lah peraturan baru serta larangan atau undang-undang untuk
dipraktikkan didalam jabatan ini & yang pastinya setiap pembaharuan itu
akan ada tentangan.
Meskipun pengurusan ada yang menerima akan perubahan yang ku lakukan tetapi
hakikatnya majoriti kakitangan seliaan ku ramai yang menolak, membantah serta
memprotes akan peraturan baru ku ini.
Diawal kuatkuasanya peraturan, kakitangan ku masih bolih mengikuti tetapi
mungkin ketidak selesaan untuk keluar dari ’kepompong’ lama menyebabkan
bermulanya satu pengisytiharan perang terhadap aku yang mana tidak dinyatakan
secara berdepan tetapi secara terang-terangan tindakan pemulauan serta hasutan
telah berlaku hingga kini.
Untuk pengetahuan semua, tindakan atau peraturan baru ku itu adalah demi
kebaikan jabatan atau kumpulan tersebut yang mana sebelum ini bermacam-macam
komplen diterima daripada pengurusan atas perlakuan kakitangan didalam jabatan
tersebut walaupun menurut kakitangan tersebut adalah disebabkan olih pihak
pengurusan yang tidak memahami serta melayan karenah mereka.
Dari penyelidikkan aku pula, kedua-dua pihak mungkin ada salahnya terutama
dibahagian kakitangan jabatan atau kumpulan ini yang mana peraturan pengurusan
dianggap sepi atau sebagai satu jenaka sahaja tanpa cuba menganggapnya satu
perkara yang serius & perlu di patuhi.
Menjadi mangsa adalah diriku bilamana aku cuba menyampaikan pemasaalahan
kakitangan kepada pengurusan seperti Adun atau Ahli Parlimen menyampaikan
masaalah rakyat dikawasannya, aku dianggap menyebelahi kakitangan jabatan aku
& bila aku bersikap ’keras’ sedikit kakitangan seliaan aku mengganggap aku
ni sama sahaja macampengurusan malah cuba untuk menjatuhkan diriku.
Sampai bila ye semua perkara ini akan selesai??....
Ku harap kesabaran aku akan terus bertahan menjadi benteng besi yang tak
mungkin mana-mana anasir merobohkan atau memecahkannya semata-mata untuk
menjatuhkan diriku serta menjadi kepuasan pada sifat kedengkian.
No comments:
Post a Comment