Friday, 18 December 2015

Kembali Menulis

Fuh! lama juga aku tak buka blog aku ni, hangat taik ayam je...buka buat citer sikit lepas tu lama menyepi lepas tu buat balik..
Jeles tengok budak-budak muda yang follower dia beribu dan berjuta...sedangkan pocik ni sorang pun tak de..alahai!. Orang kata kalau nak jadi blog popular, karya kena kreatif, kena rajin dan selalu update...MMM..ntah lah.

Nak masuk awal 2016 ni, aku nak update balik apa yang aku tinggalkan selama ni. Harap aku dapat teruskan dengan rajinnya, insyaallah.

Wednesday, 6 February 2013

TEMPAT NOSTALGIA



Bila aku melayari Google imej terpandang olih ku gambar-gambar lama yang pernah menjadi sebahagian dalam peristiwa kehidupanku.
Antaranya ialah:






Kedai di Jalan Peel –
Kenangan ku sewaktu kecil balik dari mengaji di Sekolah Agama Attaufiqiah Jalan Laxamana dimana sering membeli sebungkus air tebu digerai berhampiran.

Juga kenangan memakan sup ayam mamak yang pertama kali diperkenalkan olih bapak ku serta pengalaman membeli sate dalam kuantiti banyak untuk keluarga setiap kali bapak ku atau pakcik ku menerima gajinya.

Diantara deretan kedai ini juga aku sering membeli komik-komik kartun atau pahlawan yang sering membuat mak ku marah kerana duit sekolah yang diberikannya aku bazirkan dengan pembelian komik-komik tu.

Juga aku masih ingat kenangan membeli kasut sekolah bersama arwah emak dikedai buku didalam deretan kedai ini.

Indahnya kenangan!!





Ibu Pejabat St. John Ambulance –
Tempat dimana aku sering melakukan aktiviti korikulum persekolahan menengah ku.

Aku adalah ahli kedet dalam pasukan beruniform ini malah pangkat tertinggi & terakhir ku sebelum aku meninggalkan alam persekolahanku adalah setakat Sarjan saja dengan jawatan khas BDD (Bridget Duty Director) dimana tugas-tugasnya ialah memastikan ahli-ahli pasukan St. John sekolahku membuat tugasan kecemasan di sekolah dan juga di dalam acara-acara besar luar sekolah umpamanya Sukan antara sekolah, Perlawanan Bola dan banyak lagi yang membabitkan aktiviti sukan.

 Aku juga pernah berkawad di kawasan parkir bangunan ini dan kalau ku ceritakan mengenai pengalamanku dalam pasukan ini memang banyak tapi iyealah!....ianya tinggal kenangan cuma nak mengesahkan sahaja yang tempat ini antara yang manis & pahit didalam warna kehidupanku.





Bangunan Sekolah Cochrane Road School
Ini lah bangunan yang aku duduki dalam kelas satera & didalam bangunan inilah berlakunya bermacam-macam karenahku sebagai murid nakal.

 Mengintai kakak-kakak Upper Six turun & naik kelas, berdiri di luar kelas, bergaduh fuh! Kenangan beb!...

Ini betul-betul tempat yang menyimpan seribu kisah dari sebahagian kehidupan ku ini






Bas Mini –
Ini lah kenderaan kenangan dimana Abah ku menjadi antara pemandunya dalam membawa penumpang di area Cheras ke Chow Kit.

Aku teringat dalam bas ini ada sit nya yang mengadap kedepan dan ada juga yang mengadap ke sisi.

Ketika ini air cond memang tak wujud lagi rasanya dalam bas awam cuma ada kipas kecil yang bolih berputar kira kanan je. Bila hujan, tingkap ditutup sedikit bagi angin masuk dan kalau terjadinya kes ’kebocoran gas’ maka tingkap yang ditutup sedikit akan diturunkan seluas-luasnya serta mulalah aktiviti sembul dan jelur kepala hanya nak menghirup udara tanpa menghiraukan basah hujan.

Tiket kalau tak salah masa ini 50 sen je sekali naik baik jauh ke atau dekat.



Bas Toong Fong & Foh Hup –
Toong Fong bas ni adalah kenderaan awam ku yang sering ku lalui selain Foh Hup dimana 2 syarikat company bas inilah yang melalui ke kawasan kediaman ku.
Ingat lagi tiket-tiket yang diberikan berwarna –warni mengikut harga destinasi tempat itu.
Foh Hup adalah bas yang laju dibandingkan dengan Toong Fong yang mana bas ni hanya bolih dinaiki di stesen Puduraya manakala stesen bas Toong Fong pula di Jalan Silang. Aku kerap naik bas Toong Fong dari Foh Hup ni memandangkan urusan aku masa tu di Jalan Pasar & kekadang di Kotaraya komplek KL.



Ampang Park-
Tempat yang aku masih ingat masa kecil bila mana ibubapa ku membawa ku bermain di tingkat atas bangunan ini yang penuh dengan permainan kanak-kanak macamkuda henjut, kereta henjut & yang best sekali masa tu ialah Ultraman henjut maklumlah budak kan? ….Semuanya kena bayar kalau tak salah 50 sen je. Kenangan tul masa tu.


Dalam menjangkau separuh abad usia ku ini, semua tempat-tempat ini sememangnya menjadi nostalgia pahit manis pengalaman hidup ku dan selamanya kan terpahat dalam memori ku.






Tuesday, 29 January 2013

CARI PASAL




Sekadar gambar hiasan.




Aku tak faham lah kenapa orang cari pasal dengan aku? Aku ada buat salah ke dengan diaorang? Permulaan kata atau perbuatan aku selalunya aku mulakan dengan cara baik & berhati-hati tapi bila dah lama bersama menjadi masaalah pula.

Aku dianggap sebagai orang yang memahami masaalah diaorang bila aku mulakan kerja ku disuatu syarikat tumpuan pelancongan seluruh dunia. Aku diterima sebagai pemimpin kerana pengalaman sebelum ku disyarikat pengurusan taman tema. Juga sebagai seorang yang memahami seni terutama sekali hiburan.

Pastinya bila menjadi pemimpin, kena melihat dulu struktur perjalanan atau operasi kumpulan atau jabatan sebelum mula mengorak langkah kearah pembaharuan kan?

Begitu juga dengan diriku bila aku dah memahami serta menyelidik terdapat lah kelemahan & juga masaalah dalam operasi jabatan yang ku pimpin ini maka seperti kebiasaan pemimpin dimulakan satu pembaharuan untuk memajukan & memantapkan lagi operasi jabatan atau kumpulan ini.

Bermula lah peraturan baru serta larangan atau undang-undang untuk dipraktikkan didalam jabatan ini & yang pastinya setiap pembaharuan itu akan ada tentangan.

Meskipun pengurusan ada yang menerima akan perubahan yang ku lakukan tetapi hakikatnya majoriti kakitangan seliaan ku ramai yang menolak, membantah serta memprotes akan peraturan baru ku ini.

Diawal kuatkuasanya peraturan, kakitangan ku masih bolih mengikuti tetapi mungkin ketidak selesaan untuk keluar dari ’kepompong’ lama menyebabkan bermulanya satu pengisytiharan perang terhadap aku yang mana tidak dinyatakan secara berdepan tetapi secara terang-terangan tindakan pemulauan serta hasutan telah berlaku hingga kini.

Untuk pengetahuan semua, tindakan atau peraturan baru ku itu adalah demi kebaikan jabatan atau kumpulan tersebut yang mana sebelum ini bermacam-macam komplen diterima daripada pengurusan atas perlakuan kakitangan didalam jabatan tersebut walaupun menurut kakitangan tersebut adalah disebabkan olih pihak pengurusan yang tidak memahami serta melayan karenah mereka.

Dari penyelidikkan aku pula, kedua-dua pihak mungkin ada salahnya terutama dibahagian kakitangan jabatan atau kumpulan ini yang mana peraturan pengurusan dianggap sepi atau sebagai satu jenaka sahaja tanpa cuba menganggapnya satu perkara yang serius & perlu di patuhi.

Menjadi mangsa adalah diriku bilamana aku cuba menyampaikan pemasaalahan kakitangan kepada pengurusan seperti Adun atau Ahli Parlimen menyampaikan masaalah rakyat dikawasannya, aku dianggap menyebelahi kakitangan jabatan aku & bila aku bersikap ’keras’ sedikit kakitangan seliaan aku mengganggap aku ni sama sahaja macampengurusan malah cuba untuk menjatuhkan diriku.

Sampai bila ye semua perkara ini akan selesai??....

Ku harap kesabaran aku akan terus bertahan menjadi benteng besi yang tak mungkin mana-mana anasir merobohkan atau memecahkannya semata-mata untuk menjatuhkan diriku serta menjadi kepuasan pada sifat kedengkian.   

Monday, 28 January 2013

BERITA TERKEJUT



Pada 11.12.12 aku mendapat berita yang menyedihkan serta mengejutkan mengatakan bekas isteri ku telah meninggal dunia akibat disyakki serangan penyakit TB.
Memang lama benar tidak mengetahui cerita atau berita mengenai beliau, tup-tup dapat berita yang menyedihkan begini.
Walaupun kami dah berpisah lama dimana aku kini bahagia dengan keluarga terkini & beliau pula dikhabarkan telah berkhawin lain tetapi kenangan bersama dia masih amat terasa di dalam ingatan ku.
Suka duka bersama beliau tetiba saja mengimbau dalam ingatan aku tatkala menerima berita tersebut.
Ku harapkan agar dia bahagia bersama kehidupan barunya tetapi lain pula berita yang kudengar dari mulut makciknya.
Sedih & tragisnya saat-saat kehidupan beliau di penghujung nyawa tetapi apakan daya semuanya ketentuan yang maha berkuasa.
Bagi diriku yang pastinya aku telah memaafkan beliau dan berdoa agar rohnya dicucuri bersama orang-orang yang solih.
Kepada NOORAZIMAH MUSTAPAHA BAKRI, semoga roh mu bersemadi tenang hendaknya.

………..AL-FATIHAH!!!.........