Thursday, 19 July 2012

SELAMAT BERPUASA 2012








Esok, bermula lah puasa bagi seluruh rakyat Malaysia tahun 2012 & malam nanti pula kalau tak salah akan adanya solat Terawih disetiap surau atau Masjid selepas solat Isyak.
Alhamdulillah! Berjumpa lagi aku pada Ramadhan kali ini & pastinya azam aku seperti tahun2 yang sebelumnya untuk solat Terawih penuh di samping berqiamulail diwaktu malam tapi azam setakat di mulut kekadang setengah jalan jadi balik seperti yang sebelumnya. Moga aku dapat melakukannya pada tahun ini, insyaallah!
Tahun ni pada hari pertama berbuka puasa bakal dibuat dirumah bapak ku manakala selang 8 hari kalau tak salah dirumah bapak mertua ku pula. Rasanya  seperti  tahun2 sebelum kemeriahan berbuka tak lah semasa arwah emak ada dulu tapi sekurang2nya ianya masih meninggalkan kenangan pada setiap keluarga adik beradik ku.
Aku bercadang untuk membersihkan kubur arwah emak ku seminggu atau sehari sebelum puasa tapi masih tidak kesampaian lagi insyaallah mungkin esok atau lusa akan aku jalankan.
Sempena bulan Ramadhan ini ku ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua rakan2 ku serta seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam moga puasa kita tahun ini Mabrur hendaknya. Amin!!

Wednesday, 11 July 2012

Pengalaman membawa anak ke pusat rawatan


Aku nak cerita tentang pengalaman aku membawa anak yang sakit dari satu pusat rawatan ke pusat rawatan kerajaan lain yang kalau diikutkan hati memang nak ‘mengamuk’ je tapi apa kan daya dah namanya peraturan manusia gitu aje lah.
Pada hari Selasa lepas aku membawa anak perempuan aku yang tak pasti apa sakitnya pasal dah 3 hari demamnya tak kebah untuk rawatan. Waktu tersebut dalam 8.30pm isteriku memaksa selepas saja aku pulang dari membawa anak sulong ku mengaji Quran.
Aku & isteri bercadang ke klinik kerajaan dulu untuk memastikan agar pemeriksaan darah dapat dijalankan pada anak perempuan ku.
Bergerak kami sekeluarga ke klinik yang terletak di Taman Dato Harun PJ & bila sampai saja yang keadaan luarnya nampak sepi lalu kusuruh isteriku mendaftar dulu di bahagian kecemasan sambil aku mencari ruang untuk memakirkan kereta. Sebaik saja aku matikan enjin kereta tetiba isteri aku muncul mengatakan doktor terlampau sibuk kalau nak periksa darah kena datang awal pagi tapi kalau nak periksa juga kata jururawat yang bertugas minta kami sekeluarga ke klinik 1 Malaysia di Taman Lindungan.
Bergerak lah sekali lagi kami sekeluarga ke klinik yang dinyatakan & sesampainya diklinik tersebut sekali lagi aku menyuruh isteriku mendaftar & aku memakirkan kereta. Sekali lagi juga isteri ku muncul mengatakan kali ini yang klinik 1 Malaysia hanya memberi ubat asas saja tapi kalau kes berat kena ke klinik kerajaan yang besar sikit atau hospital.
Dalam masa kalut tu aku & isteri ku berbincang hospital mana yang patut kami pergi. Akhirnya kami berdua memutuskan untuk ke hospital yang terletak di Bandar Tasik Selatan yang separuh kerajaan takut kalau hantar ke hospital kerajaan macam-macam lak karenah prosidurnya.
Jam 9.57pm isteriku membuat pendaftaran. 




 
Jam 10pm telah berlalu, masuk jam 11pm penukaran bilik rawatan berlaku tapi tiada panggilan lagi dibuat memandangkan pemeriksaan dibuat dalam ruang bilik kecemasan pula. Pukul 12am baru lah dipanggil untuk pemeriksaan. Selepas 20 minit isteriku keluar bersama anak perempuanku dengan tangannya berbalut jarum penyedut darah & katanya kena tunggu hasil pemeriksaan darah dulu baru bolih pulang.




 
Anak-anak aku yang lagi 2 orang yang dari tadi terpaksa dibawa bersama mula buat hal dengan mengatakan lapar & mengantuk maklumlah keluar rumah tadi sememangnya tak sempat nak makan malam lagi maka aku bawalah anak-anak aku ke mesin makanan & minuman. Si Qasy anak sulong aku mula buat perangai tak pernah jumpa barang kerana pertama kali berjumpa mesin makanan ringan yang gunakan duit untuk mendapatkannya. Katanya ingatkan hanya dalam tv saja rupanya memang ada nyata. Setakat mesin minuman dia dah tak heran. Maka malam tu makan malam anak-anak aku sekadar air tin mountain dew & biskut coklat oreo saja.  
Selang setengah jam maka nombor giliran anak aku dipanggil semula & dalam masa 20 minit isteri & anak aku keluar dari ruang bilik kecemasan.
Maka, setelah mengambil ubat & membuat pembayaran yang rasanya cukup mahal bagi warga Malaysia iaitu RM50 bagi sekali rawatan & ubatan kami sekeluarga pulang dalam keadaan penat dimana waktu tersebut dah pun 1.00am.


 
Bayangkan lah pengalaman 5 jam untuk keselamatan anak perempuanku yang rasanya kalau kita tak kisah walau seminit pun tak tahu apa akibatnya yang bakal jadi mungkin dari 5 jam yang aku harungi sekarang ini bakal menjadi sehari atau berminggu mungkin juga berbulan?
Syukur alhamdulillah, anak aku tak disyakki dengan penyakit yang merbahaya hanya demam biasa. Cuma entah lah patut aku komen atau tak berkenaan perkhidmatan yang lambat ni? Semua orang ada alasan & jawapannya bagi setiap isu atau persoalan.

Wednesday, 4 July 2012

KES MAT HITAM


Akhirnya ada juga tangkapan dibuat ke atas mamat negro ni kat area rumah aku walaupun lambat tapi ada kira ok la juga sekurang-kurangnya dapat mengurangkan lambakan negro di Mentari Court ni.
Aku sebenarnya tak kisah kalau diaorang ni duduk dengan aman tapi masaalahnya selalu sangat di kacau ganggu penghuni kat sini antaranya mengorat anak bini orang & jadi samseng.
Ada satu kisah yang tak berapa pasti kesahihannya, mamat negro ni cuba pancing bini orang dengan wang ringgit siap puji kecantikan wanita tu walaupun tak layan tapi dia ‘ayat’ juga entah apa dia teringin sangat nakkan wanita tu sehingga merimaskan wanita tersebut. Mungkin wanita itu dah mengadu kat suaminya maka malam tersebut, si laki wanita itu menyerang negro tu bersama beberapa kumpulan siap bawak barang pemukul lagi & diheret mamt negro tu ke dalam kereta & dibawa entah kemana. Bagaimana keadaan mamat negro tu wallahuallam.
Tu belum lagi kedai atau pub yang diaorng buka entah halal atau haram kat area Mentari Court ini.