Hampir sebulan blog ku ni berpuasa disebabkan tuan punya berpuasa & tiada masa. Aku tahu untuk nak jadi kan blogger aku ni fofular kenalah aktif dengan bermacam cerita tapi taka pa lah nak buat macamana kan bila dah kerja makan gaji menjadi keutamaan, jadi bapa pula & hanya ada masa kalau kelapangan aje.
Tak apalah, itulah mukadimah aku pasal tak up date blog ni, kali ini aku nak cerita pasal raya. Kenangan raya ku dahulu sewaktu kanak-kanak & remaja terutama sekali ketika bersama arwah emak aku.
Masih lagi terbayang tiap kali raya kenangan aku waktu malam menjelang raya ketika pengisytiharan raya disiarkan dalam TV, keluargaku sibuk sangat ‘mengelabah’ takut raya jatuh pada keesokkan harinya & yang selalu mendoakan akan raya tidak jadi esok adalah emak ku pasal kalau jadi saja maka dialah insan yang paling kelam kabut & sibuk di dapur maklumlah adik beradik aku semuanya lelaki.
Kalau tak jadi raya esoknya, dia bersyukur berdoa sambil tersenyum & mula menyambung kerjanya dengan tenang sambil aku adik beradik akan diarahkannya untuk menjalankan tugas membantunya.Kalau jadi raya esoknya maka aku adik beradik akan kerja separuh jalan (membantu mak) & ‘cabut’ pergi ke surau walaupun Isyak belum sampai waktunya. Akan kedengaran mak bebelan mak dengan lantang bila aku & adik ku berlari keluar dari kawasan rumah quarters bandaraya.
Sebab kebiasaan yang selalu dibuat olih penghuni kuarters bandaraya pada masa tiap kali malam raya masa tu adalah dengan membuat kunjungan takbir dari rumah kerumah yang akan berlarutan sampai ke pagi.Jadinya jika tiada bantuan dari aku adik beradik & juga abah maka mak seorang sajalah yang menguruskan akan hidangan yang lazim untuk hidangan para tetamu yang datang bertakbir dirumah malam raya tu.
Hidangan malam menjelang raya ketika takbir yang menjadi kelaziman untuk mak siapkan ialah pecal selain ketupat rendang.
gambar contoh: macam nilah raya takbir kerumah kalau rumah tu sempit
Sememangnya raya takkan meriah tanpa mak kerana dialah yang akan pastikan persiapan & hiasan sempurna dimana tiap kali raya beliau akan pastkan gubahan bunga sundal malam terletak kemas diatas meja makan. Pastinya aku akan merindui keharuman bunga tu tiap kali malam raya ( kalau nak beli zaman sekarang ni takut fikir bukan-bukan ala datang pontaianak la hantu la )
Kalau kuih raya pula, kebanyakkannya mak akan buat sendiri tak macam sekarang ni banyak yang dibeli. Biasanya mak akan gunakan oven bakar kuih kalau nak buat kuih samprit yang bermacam bentuk & warna tapi sama je rasa. Kuih bangkit adalah salah satu kuih kemestian selain samprit. Masih terasa keenakkan kelapa dalam & tepung dalam kuih tu kekadang bila cakap bolih berterabur keluar kalau mulut penuh.
Kerja aku adik beradik selain menggantung langsir bila menjelang raya ialah menukar sarong kerusi kusyen rotan. Tapi sebelum tu kerusi rotan tu yang kekadang terkeluar atau terjulur serpihan rotan pengikatnya akan aku basuh, ikat atau paku balik & di varnish bagi nampak baru.

|
Kalau raya pula kebanyakkan masa aku & adik beradik akan beraya kat rumah saja pada raya pertama menyambut kanak-kanak yang datang rumah beraya kerana duit yang pada masa tu dalam lingkungan 20sen hingga 50 sen saja dibandingkan sekarang ni RM5 minimum. Raya ke-2 & ke-3 baru sekeluarga beraya balik kampong abah kat Klang & kampong mak kat Sepang.
Begitu lah raya ku dahulu, semua kenangan rasanya indah terutama sekali bila arwah emak ada. Kini, raya banyak kekurangannya bila bersama abah tapi sekurang-kurangnya masih dapat mengimbas kembali sedikit kenangan tu bila bersama abah.
Pada arwah emak, Selamat Hari Raya, anakmu amat merindui mu.